TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN
DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH
BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR
MENTERI PERHUBUNGAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA:
SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA 2013
HARI RABU, 24 ZULHIJJAH 1434 / 30 OKTOBER 2013
JAM: 9:00 PAGI
BERTEMPAT
DEWAN AMAR PAHLAWAN
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
Alhamdullilahi
Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen,
Saidina Muhammadin Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama’een.
Yang Mulia Awang Haji Mohammad Manan bin Haji Lakim,
Pemangku Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis.
Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof,
Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan
Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Mohd Ali,
Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan
Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin
Yang Berhormat Hj Jumat bin Akim
Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim
Yang Berhormat Haji Awang Ahmad bin Husain
Yang
Mulia Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai
Kanan, Jemputan-Jemputan Khas, Hadirin dan Hadirat yang dihormati
sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi
1. Alhamdulillah,
kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izinNya
jua kita dapat hadir pada pagi ini untuk meraikan Sambutan Hari Pos
Sedunia yang ke 139 tahun.
2. Pada
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pos, kepada semua
warga pos di Negara Brunei Darussalam. Sambutan Hari Pos Sedunia ini
dapat memberikan peluang untuk Jabatan Perkhidmatan Pos mengeratkan lagi
perhubungan sesama warga pos, pelanggan-pelanggan dan pihak-pihak yang
berkepentingan. Sambutan ini juga akan dapat memberikan kesedaran kepada
orang ramai tentang kepentingan peranan perkhidmatan pos dalam
rangkaian komunikasi dan perniagaan diseluruh dunia.
3. Bagi
tahun 2013 hingga 2015, Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union –
UPU) telah menetapkan tema sambutan Hari Pos Sedunia iaitu
“Communication Tools” atau “Alat berkomunikasi / perhubungan”. Tema ini
sangat berpandangan jauh dan relevan dengan perkembangan masa kini. Ia
menekankan tentang penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan pos yang masih
relevan ketika penggunaan teknologi ICT semakin meningkat dan meluas
dikalangan pengguna. Pada tahun 2013, Kesatuan Telekomunikasi Sedunia
(International Telecommunciations Union – ITU) menganggarkan terdapat
2.7billion pengguna Internet di seluruh dunia, iaitu kira-kira 30%
penduduk dunia[1]. Angka ini akan terus meningkat dan akan terus memberikan peluang bagi perkhidmatan pos untuk bertapak dengan lebih kukuh.
4.
Pada tahun 2012, sebanyak 350billion pucuk surat dan lebih dari
6billion buah bungkusan telah dikendalikan oleh perkhidmatan pos seluruh
dunia[2].
Keinginan pengguna dalam transaksi e-commerce dan pembelian online ini
juga turut memberi kesan yang positif kepada sektor perkhidmatan pos di
Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 2012, Jabatan Perkhidmatan Pos
telah mengendalikan lebih kurang 150,000 jumlah paket kecil, bungkusan
dan perkhidmatan EMS (speedpost). Jumlah ini merupakan peningkatan
sebanyak 33% dari jumlah ditahun sebelumnya.
5.
Peningkatan ini menunjukkan dengan ketara, keperluan orang ramai akan
perkhidmatan pos dinegara ini. Perkhidmatan pos merupakan salah satu
‘success criterias’ dalam setiap perniagaan e-commerce. Perkhidmatan Pos
merupakan platform yang dapat melengkapkan setiap transaksi e-commerce
diantara peniaga dan pelanggan. Perkhidmatan pos yang efektif dalam
penghantaran bungkusan belian on-line dapat memberikan pengalaman yang
lebih menyenangkan, berbanding dengan pembelian yang dibuat di kedai
secara fizikal. Ini kerana elemen ‘kejutan’ atau ‘pleasant surprise’
serta ‘anticipation’ itu sentiasa ada.
Hadirin dan hadirat sekalian,
6.
Sehubungan ini, saya berharap agar Jabatan Perkhidmatan Pos terus
memastikan pendekatan dan strategi perniagaan mereka sentiasa
dikemaskini selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa. Dalam hal
ini, saya difahamkan bahawa Kesatuan Pos Sedunia telah menyediakan
perancangan berupa empat matlamat utama melalui Doha Postal Strategy (2013-2016) seperti berikut:-
6.1 Pertama adalah
kepentingan kualiti perkhidmatan, mutu operasi, integriti dan
keselamatan dalam perkhidmatan. Kualiti perkhidmatan ini termasuklah
meningkatkan peranan sebagai pemudahcara dalam proses yang melibatkan
pihak-pihak berkepentingan yang lain seperti Jabatan Kastam dan Eksais
Diraja semasa pemerosesan dan pengeluaran barang-barang pos. Dengan
memudahcara proses ini, para pengguna akan dapat merasai pengalaman yang
lebih lancar, mudah dan simple dalam setiap urusan mereka. Saya yakin
Jabatan Perkhidmatan Pos telah mengambil tindakan bersesuaian dalam
kebanyakan perkara di atas.
6.2 Matlamat kedua
ialah meningkatkan kemahiran dan kapasiti dengan ilmu pengetahuan,
tidak hanya mengenai sektor perkhidmatan pos, tetapi juga mengenai hal
ehwal semasa. Sektor perkhidmatan pos memerlukan rangkaian networking
yang global untuk bekerjasama dalam melaksanakan ‘universal service’,
kajiselidik serta penilaian prosedur dan statistik. Disini saya ingin
menyarankan supaya Jabatan Perkhidmatan Pos untuk sentiasa mengambil
peluang dari perhubungan dengan perkhidmatan-perkhidmatan pos serantau
dan antarabangsa melalui bidang kerjasama dan ‘information sharing’. Dari kerjasama ini, peluang
perniagaan baru serta maklumat seperti analisa dari statistik terkini
akan dapat digunakan dalam perangkaan strategi perniagaan.
6.3
Matlamat ketiga adalah innovasi. Dengan perkembangan teknologi ICT
serta peningkatan dalam kecenderungan pengguna, sektor perkhidmatan pos
juga disarankan agar lebih berinovatif dengan mempromosikan
produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan terbaru. Inisiatif melalui
laman web Jabatan Perkhidmatan Pos seperti ‘track and trace’ bagi
bungkusan berdaftar, menyediakan features dan perkhidmatan yang lebih
interaktif, adalah sangat saya alu-alukan dan hargai. Melalui inisiatif
ini, saya percaya Jabatan Perkhidmatan Pos dapat menjadi agensi yang
lebih ‘accessible’ pada penggunanya. Potensi untuk menjadi lebih
progresif dapat dicapai dengan meneliti perkembangan dan amalan terbaik
serantau dalam sektor perkhidmatan pos.
6.4
Matlamat keempat adalah perkhidmatan pos yang berdayatahan. Bagi
mencapai kedayatahanan ini, Jabatan Perkhidmatan Pos perlu mengukuhkan
kapasiti selaras dengan perubahan dan kehendak pasaran. Jabatan
Perkhidmatan Pos perlu mempunyai ‘presence’ yang lebih membawa impak
dengan kredibiliti serta imej yang mesra pelanggan. Selain dari
inisiatif kearah perkhidmatan dan operasi yang lebih berkesan, saya
mengalu-alukan Jabatan Perkhidmatan Pos untuk turut memberi perhatian
pada inisiatif kearah kesedaran awam dan tanggungjawab sosial.
Hadirin dan hadirat sekalian,
7. Doha
Postal Strategy 2013 - 2016 ini adalah bertepatan dengan strategi
Kementerian Perhubungan kearah pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos.
Strategi ini telah saya umumkan semasa Sambutan Hari Pos Sedunia sebelum
ini. Usaha kearah pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos ini
merangkumi pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan dengan terperinci.
Ini termasuklah aspek perundangan, kewangan, strategi perniagaan yang
berdayatahan serta pengurusan sumber manusia.
8.
Melalui pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos ini, sektor
perkhidmatan pos adalah diharapkan menjadi sektor yang mempunyai tahap
persaingan yang sihat, perkhidmatan yang dapat dilaksanakan dengan
berkualiti, saksama dan efektif serta sumber tenaga manusia yang lebih
produktif, effisien dan innovatif. Melalui strategi pengkorporatan, visi
Kementerian Perhubungan kearah masyarakat pintar pada tahun 2017 akan
dapat dicapai. Dalam persekitaran bagi masyarakat pintar ini,
Kementerian Perhubungan menghasratkan adanya pelbagai perkhidmatan yang
diberikan pada harga yang kompetitif, interaksi yang lebih interaktif
dikalangan pelbagai pihak, serta infrastruktur perhubungan dan
pengangkutan yang boleh dimanfaatkan kearah peningkatan kualiti
kehidupan pengguna. Dalam hal ini, Kementerian Perhubungan akan terus
bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain bagi memastikan
pengkorporatan Jabatan Perkhidmatan Pos ini akan berjalan dengan lancar
dan dapat mencapai objektif yang dihasratkan.
9. Saya juga amat tertarik dengan visi Kesatuan Pos Sedunia, “The postal sector is seen as an essential component of the global economy”. Selaras
dengan visi ini, saya menyarankan supaya Jabatan Perkhidmatan Pos akan
dapat menyediakan Pelan Strategik Bisnes bagi merancang inisiatif kearah
menjana hasil dan seterusnya memastikan sektor ini lebih aktif
memperkenalkan pembaharuan dalam perkhidmatannya.
10. Dengan
menyediakan dan melaksanakan Pelan Strategik Bisnes ini, saya percaya,
dengan adanya peluang pasaran, Jabatan Perkhidmatan Pos akan dapat
menceburi new lines of business seperti bisnes kolaborasi (partnership)
dengan lebih banyak pihak yang berkepentingan, perkhidmatan Postal
Logistics & Warehouse serta perkhidmatan E-Commerce. Selain itu,
program-program kearah kemampanan pembangunan sektor pos sendiri, iaitu
Outsourcing of Delivery Services, dan, Franchise of Postal Services juga
boleh dipertimbangkan sebagai strategi jangka masa panjang.
11. Dengan
usaha-usaha ini, saya turut menyarankan supaya Jabatan Perkhidmatan Pos
mengusahakan mekanisme yang dapat meningkatkan operasi rangkaian pos
antarabangsa untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, kecekapan dan
integriti pos berdasarkan standard dan peraturan yang boleh digunapakai.
Saya yakin dengan adanya mekanisme ini, Jabatan Perkhidmatan Pos akan
dapat meningkatkan dan memelihara keyakinan dan kepercayaan orang ramai
terhadap perkhidmatan pos. Dari rasa keyakinan dan kepercayaan ini,
Jabatan Perkhidmatan Pos akan dapat mencapai visinya sebagai
perkhidmatan yang menjadi pilihan utama pelanggan.
Hadirin dan hadirat sekalian,
12. Dalam
kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
para penerima anugerah sempena Hari Pos Sedunia 2013. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan yang bersara atas
komitmen dan dedikasi biskita sepanjang berkhidmat di Jabatan
Perkhidmatan Pos. Semangat dan ketelitian biskita dalam menjalankan
tugas adalah wajar dicontohi oleh pegawai dan kakitangan yang lain.
Kepada para pemenang Peraduan Surat Kiriman, saya ingin mengucapkan
tahniah atas kejayaan penyertaan biskita masing-masing.
13.
Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Pengerusi
dan Jawatankuasa Sambutan Hari Pos Sedunia 2013 diatas kesudian
mengundang saya hadir pada acara pagi ini. Acara ini tidak akan dapat
dijayakan tanpa usaha dan semangat kerjasama yang jitu dikalangan
biskita. Saya berharap semangat kerjasama dan perpaduan ini akan dapat
dipertingkatkan kearah mencapai kejayaan dalam dasar Kerajaan, strategi
serta inisiatif Jabatan Perkhidmatan Pos.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.