Sign In
Mobirise Web Builder
Teks Ucapan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan, Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2014 body ​

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN

DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH

BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR

MENTERI PERHUBUNGAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

SEMPENA:

SAMBUTAN HARI POS SEDUNIA 2014

 

PADA:

HARI KHAMIS, 21 ZULHIJJAH 1435 / 16 OKTOBER 2014

JAM: 9:00 PAGI

 

 

BERTEMPAT DI:

DEWAN AMAR PAHLAWAN

​ 

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen, Saidina Muhammadin Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama'een.

 

Yang Mulia Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim,

Ketua Pos Agung, selaku Pengerusi Majlis.

 

Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan.

 

Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos,

Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan.

 

Yang Berhormat Haji Tahamit bin Haji Nudin.

Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim.

 

Yang Mulia Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Jemputan-Jemputan Khas, Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi.

 

1. "Posts claim their place in the changing communications landscape"  adalah tema Sambutan Hari Pos Sedunia 2014.  Kenyataan ini juga memberi penumpuan kepada kewujudan perkhidmatan pos dalam lanskap komunikasi yang kerap berubah. Ianya mendokong tema Hari Pos Sedunia bagi tahun 2013 hingga 2015, "Communications Tools" yang diumumkan oleh Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union – UPU).

 

2. Apakah changing communications landscape ini?  Apakah perubahan yang dapat kita alami dan lihat dalam cara kita berkomunikasi pada hari ini?  Teknologi dan kemajuan ICT telah mempengaruhi bukan sahaja cara kita berkomunikasi, malahan semua aspek kehidupan kita, disegenap lapisan masyarakat.  Dalam hal ini,   "Communications Tools" bukan sahaja dianggap sebagai alat komunikasi, tetapi juga merangkumi cara dan pendekatan kita dalam berkomunikasi. 

 

3. Saya ingin mengongsikan statistik dan laporan yang Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) seperti berikut:-

 

a. Jumlah pengguna telefon bimbit di Negara ini, sudah melebihi jumlah penduduk Negara Brunei Darussalam, ertinya lebih dari 400,000 pengguna aktif telefon bimbit dinegara ini;

b. Berdasarkan laporan Brunei Darussalam Household ICT Survey Report 2013, dianggarkan separuh dari pengguna ini, iaitu kira-kira 200,000 orang, menggunakan telefon bimbit mereka untuk melayari Internet;

 

c. Dari 10 buah isi rumah (households) yang dikaji, hanya sebuah sahaja (1 dari 10 household) yang tidak menggunakan media sosial; dan

 

d. Dalam meneliti penggunaan Internet ini, hampir 70% pengguna media sosial, mengakses akaun media sosial mereka setiap hari.

 

4. Selain itu, berdasarkan laporan Measuring Information Society 2013 yang dikeluarkan oleh International Telecommunications Union (ITU), Negara Brunei Darussalam berada di tangga ke-5 dari 180 buah Negara dalam statistics digital natives.  Apakah digital natives ini?  Ianya adalah pengguna dari umur 16 hingga 24 tahun yang mempunyai lebih 5 tahun pengalaman dalam berkomunikasi melalui networked friends mereka.  Dari laporan ini, 74% belia di Negara Brunei Darussalam adalah digital natives

 

5. Dari fakta-fakta ini, saya dapat melihat 'trend of dependency' masyarakat kita keatas alat mobile dan penggunaan Internet.  Malah penggunaan ini amat ketara dikalangan belia kita, bukan sahaja mempengaruhi cara berkomunikasi, tetapi juga dalam usaha mereka untuk mendapatkan maklumat, produk dan perkhidmatan.  Ingin mencari dimana produk atau makanan ini dijual, dimana mahu mendapatkan sesuatu service, semuanya dicari di Internet dan media sosial.  Melalui ICT ini juga, mereka begitu iski dengan sebarang produk  (contohnya iPhone6) dan perkhidmatan baru. 

 

6. Jadi dalam lanskap komunikasi dan cara berkomunikasi yang kerap berubah ini, dimanakan tempat perkhidmatan pos? Where is the place for posts, as a communications tools, in a changing communication landscape? Bagaimanakah perkhidmatan pos boleh menjadi sebahagian dari excitement (iski) bila adanya produk dan perkhidmatan baru ini?

 

7. Melihat secara kasar, trend pengguna ini adalah cabaran yang menggugat kewujudan serta relevance sektor perkhidmatan pos.  Akan tetapi, sebenarnya disinilah peluang untuk lebih menempatkan diri dan menyesuaikan peranan mengikut aliran dan kehendak pengguna.  Media sosial memberikan pendedahan kepada pengguna yang luas.  Dari itu, peluang bagi memasarkan perkhidmatan dan produk adalah sangat besar.  Peluang perniagaan juga semakin terbuka bagi sesiapa sahaja yang ingin menawarkan pelbagai produk dan perniagaan.

 

8. Dalam hal ini, saya melihat peranan aktif Jabatan Perkhidmatan Pos dalam menempatkan perkhidmatan mereka dikalangan peniaga-peniaga online.  Jumlah paket kecil, bungkusan dan perkhidmatan premium (EMS dan speedpost) yang dikendalikan telah meningkat kepada lebih 200,000 unit, iaitu peningkatan hampir 20% dari tahun sebelumnya.   Sehubungan ini, saya ingin menyeru Jabatan Perkhidmatan Pos untuk terus berusaha memantapkan kualiti perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan yang ketara ini.

 

9. Dalam masa yang sama, saya juga ingin melihat Jabatan Perkhidmatan Pos untuk memanfaatkan trend pengguna ini dengan meneroka strategi baru. Perkara ini pernah saya sarankan semasa Sambutan Hari Pos Sedunia 2013, dengan menekankan agar pendekatan dan strategi perniagaan adalah mengikut keperluan dan perkembangan semasa.   Saranan ini adalah juga relevan dengan Doha Postal Strategy (2013-2016) disediakan oleh Universal Postal Union yang menekankan kualiti, kemahiran, innovasi dan kedayatahanan sebagai asas kepada "survival" sektor perkhidmatan pos.

 

10. Dalam hal ini, Alhamdulillah, saya dapat melihat perkembangan dalam strategi pemasaran dan operasi Jabatan Perkhidmatan Pos.  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pos atas kerjasama dengan Darussalam Holdings Sdn Bhd dalam projek pengendalian bagasi haji bagi jemaah yang menggunakan pakej Darussalam Holdings Sdn Bhd.  Projek ini merupakan projek rintis bagi memberikan perkhidmatan pengurusan bagasi kepada jemaah-jemaah haji dan In Shaa ALLAH akan dilaratkan kepada jemaah-jemaah umrah.  Projek ini telah dimulakan pada musim haji tahun 2014M/ 1435H ini.  Bagasi yang diterima akan diurus dan dihantar terus ke destinasi mengikut alamat yang diberikan oleh jemaah haji. Saya percaya projek ini akan dapat memberi keyakinan kepada kualiti dan integrity perkhidmatan pos di Negara ini.

 

11. Ke arah mencapai visi Kementerian Perhubungan, iaitu Masyarakat Pintar (Smart Society) menjelang tahun 2017, Jabatan Perkhidmatan Pos perlu memanfaatkan penggunaan online di Negara ini.  Perkhidmatan pos boleh berperanan sebagai pemudahcara kepada perhubungan yang berteraskan teknologi ICT.  Dalam Masyarakat Pintar yang dihasratkan, urusan harian, baik peribadi, rasmi dan perniagaan, akan dapat dicapai dengan convenient (mudah), terjamin dan efektif dari segi penjimatan masa, tenaga dan sumber (resources).  Dari itu, pelbagai urusan orang ramai akan dapat dimudahcara melalui operasi dan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Pos. 

 

12. Bayangkan peluang yang dapat diperolehi dari pertumbuhan peniaga-peniaga online yang beroperasi dari rumah (home-based SMEs), sekiranya perniagaan mereka dapat menggunakan perkhidmatan pos yang boleh memastikan kualiti produk mereka adalah terjamin dan terpelihara sehingga ianya diserahkan kepada pembeli.   Disinilah peranan perkhidmatan pos dapat menjamin penjimatan tenaga, masa dan sumber orang ramai.  Dalam hal ini, Jabatan Perkhidmatan Pos perlu merancang penggunaan sumber tenaga manusia mereka adalah menepati keperluan dan kehendak pengguna.  Ini meliputi latihan dan penyelidikan dalam pelbagai cabang perniagaan seperti pergudangan dan lojistik, perkhidmatan pelanggan, pemasaran, technical support dan sebagainya.  Melalui latihan-latihan sedemikian, saya percaya Jabatan Perkhidmatan Pos dapat berkembang sebagai sebuah jabatan yang berkemahiran dan berpotensi tinggi.

 

Hadirin dan hadirat sekalian,

 

13. Sambutan pada hari ini ini adalah untuk meraikan sambutan Hari Pos Sedunia yang ke 140 tahun.  Sebagai antara perkhidmatan yang paling lama diberikan, setentunya usaha perlu dipertingkatkan untuk memastikan ianya terus mendapat tempat dalam perubahan masa dan teknologi. 

 

14. Dari itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perkhidmatan Pos atas usaha untuk meraikan Sambutan Hari Pos Sedunia 2014 ini.  Saya difahamkan pelbagai aktiviti telah dirancang untuk meraikan Hari Pos Sedunia, yang bukan sahaja melibatkan peranan warga Jabatan Perkhidmatan Pos, tetapi juga melibatkan penyertaan orang ramai. Sambutan seumpama ini akan dapat terus meningkatkan 'profile' Jabatan Perkhidmatan Pos dikalangan para pengguna dan orang ramai.

 

15.  Saya difahamkan Sambutan Hari Pos Sedunia 2014 ini akan meraikan warga dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos atas komitmen mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.  Ketitihan biskita dalam bertugas adalah sangat dihargai dan semoga akan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. 

 

16. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang Peraduan Menulis Surat Kiriman 2014 .  Terima kasih atas penyertaan dan sokongan yang diberikan dalam meraikan Sambutan Hari Pos Sedunia ini.  Semoga pengetahuan yang diperolehi dalam menyertai peraduan ini akan dapat menyumbang kepada perkembangan dan perancangan biskita di masa akan datang. 

 

17. Untuk mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Majlis serta Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat.  Usaha biskita dalam meningkatkan kesedaran mengenai keperluan perkhidmatan pos adalah sangat dihargai.  Saya juga menghargai semangat kerjasama dan perpaduan yang biskita berikan.

 

Sekian, Wabillahi Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Attachments
Speeches