Sign In
Mobirise Web Builder
Teks Ucapan Yang berhormat Menteri Perhubungan sempena Majlis Sambutan Penerbangan Awam Antarabangsa

TEKS UCAPAN

 

YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR
MENTERI PERHUBUNGAN

 

SEMPENA:

 

MAJLIS

SAMBUTAN HARI PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA

 

 

 

PADA

HARI SABTU

27 SAFAR BERSAMAAN 20 DISEMBER 2014

 

 

BERTEMPAT DI:

 

DEWAN INDAH, KELAB REKREASI DIRAJA BRUNEI, BERAKAS (RBRC)

 

BISMILLAH HIRRAHMAAN NIRRAHEEM.

ALHAMDULILLAH HI RABBIL 'ALAMEEN WASSALATU WASSALAMU 'ALA ASYRAFIL AMBIYAA IWAL MURSALEEN. SAIYIDINA MUHAMMADIN WA'ALA AALIHI WASAHBIHI AJMA'EEN.

 

Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.

 

Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Hj Yunos, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan,

 

Yang Mulia pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, timbalan-timbalan ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta, para jemputan khas hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

 

Dikesempatan ini peramba / saya ingin menyatakan rasa gembira peramba / saya dengan kehadiran beberapa mantan-mantan pengarah Jabatan Penerbangan Awam; Dato Paduka Job Lim, Pg Rakawi bin Pg Hj Sabli, Pg Dato Paduka Hj Abd Rahman bin Pg Seri Indera Pg Hj Ismail, Hj Omarali bin Hj Ja'afar dan Pg Adnan bin Pg Badarudin untuk bersama-sama kita di majlis ini.

 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

 

1.           Alhamdullillah segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, dengan izin Nya jua, kita dapat berkumpul di Majlis Sambutan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa pada pagi ini. 

2.           Dalam hal ini, peramba / saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerbangan Awam, atas undangan bagi peramba / saya hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis ini.

 

Hadirin dan hadirat sekalian,

 

3.           7hb Disember adalah merupakan Hari Penerbangan Awam Antarabangsa yang disambut oleh Negara-negara ahli Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Tahun ini merupakan tahun yang ke 70 bagi Hari Penerbangan Awam Antarabangsa. Tema tahun ini "Cooperating on Global Aviation Progress'.

 

4.           Tema ini mengingatkan kita akan kepentingan untuk sentiasa bekerja sama dalam memajukan sektor pengangkutan udara. Perlaksanaannya bolehlah dilaksanakan melalui perancangan yang strategik dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi.

 

5.           Bagi Negara Brunei Darussalam, perayaan Hari Penerbangan Awam tahun ini, mempunyai satu catatan sejarah yang bermakna, kerana tahun ini genaplah pencapaian 60 tahun penubuhan industri penerbangan awam.

 

6.           Perkhidmatan Udara Perdagangan diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1953 dengan terbentuknya perkhidmatan penghantar di antara Labuan, Bandar Seri Begawan, Anduki dan Lutong di Sarawak. Perkhidmatan ini beroperasi di "Lapangan Terbang Lama Berakas" iaitu bekas tapak landasan yang telah di bina pada zaman peperangan dunia ke-2 di mana Kerajaan membina landasan sepanjang 3,000 kaki.

 

7.           Dalam tempoh 60 tahun ini, perkembangan penerbangan awam ini dapat dilihat dengan jelas, seperti:

 

  1. Jarak landasan dari 3,000 kaki pada 60 tahun lalu  kepada  12,000 kaki,
  2. Landasan yang dulunya hanya mampu menampungi 'light aircraft' sekarang mampu menampungi pesawat B747,
  3. Penaiktarafan sistem 'Airfield lighting',
  4. Pemasangan 'Instrument Landing System (ILS)',
  5. Terminal Penumpang yang dulunya hanya mampu mengendalikan penumpang dalam skala kecil kini telah jauh meningkat (di mana InsyaAllah sedikit masa lagi akan dapat menampungi jumlah penumpang 3 juta),
  6. Sistem kawalan lalulintas udara dulu tidak memiliki radar kini telah memiliki radar,
  7. Perkhidmatan Kawalan Lalu Lintas Udara beroperasi 24/7 sejak Januari 1984,
  8. Penumpang dulu hanya menggunakan tangga untuk turun dari pesawat, sekarang sudah menggunakan titisawat (aerobridge) yang menghubungkan pesawat ke terminal,
  9. Dulu tenaga pekerja kebanyakannya pekerja-pekerja asing, namun sekarang anak tempatan telah banyak berkhidmat dalam industri penerbangan.
  10. Jumlah penerbangan yang ditangani oleh Lapangan Terbang kini jauh meningkat.
  11. Keupayaan perkhidmatan bomba lapangan terbang telah jauh meningkat,
  12. Destinasi penerbangan hanya pada peringkat 'regional' kini telah   'go international'

     

8.   Ini hanyalah segelintir perkembangan yang peramba / saya dapat nyatakan disini. Peramba / saya boleh menghuraikan banyak lagi perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai sejak 60 tahun lalu.

 

9.   Namun apa yang peramba / saya ingin tekankan di sini, bahawa kejayaan dan perkembangan industri penerbangan yang telah kita capai ini, bukanlah hanya dari hasil usaha individu sahaja, ianya adalah 'collective efforts' dari semua agensi yang berkepentingan dalam industri ini. Kejayaan dan perkembangan ini adalah juga merupakan berkat daulat serta kepimpinan bijaksana Al Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Begawan Sultan sewaktu dalam pemerintahan baginda dan telah diteruskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha baginda untuk memastikan industri penerbangan Negara Brunei Darussalam dapat bersaing secara global.

 

 

 

10. Dalam hal ini, peramba / saya ingin menyeru agar segala agensi terlibat khususnya Jabatan Penerbangan Awam, dapat mempertingkatkan lagi komitment serta dedikasi demi mencapai apa jua yang di hasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Hadirin dan hadirat sekalian,

 

11.   Mengambil sukut baik Hari Penerbangan Awam Antarabangsa yang ke 70 tahun dan pencapaian 60 tahun penubuhan industri penerbangan di Negara ini, peramba / saya dengan ini sukacita melancarkan aplikasi 'iFlyBrunei'.

 

12.   Aplikasi 'iFlyBrunei' ini adalah merupakan kemudahan yang memberikan informasi terkini mengenai maklumat penerbangan, pemberitahuan langkah-langkah dan peraturan keselamatan serta informasi yang berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Lapangan Terbang.

 

13.   Dengan adanya aplikasi ini maka ianya akan dapat membantu merealisasikan visi Kementerian Perhubungan ke arah 'Masyarakat Pintar'.

 

14.   Semoga usaha Jabatan Penerbangan Awam dan semua agensi yang terlibat akan terus konsisten memajukan industri penerbangan di negara ini, Amin.

 

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Attachments
Speeches