UCAPAN
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA HAMZAH PAHLAWAN DATO SERI SETIA AWANG HAJI ABDULLAH
BIN BEGAWAN MUDIM DATO PADUKA HAJI BAKAR,
MENTERI PERHUBUNGAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BAGI : MAJLIS PELANCARAN
APLIKASI MUDAH ALIH SiKAP ("SiKAP MOBILE APPS") DAN PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS JPD ("JPD PUSH-SMS SERVICE")
PADA: HARI SELASA
5 JAMADILAWAL 1436/ 24 FEBRUARI 2015; 9.00 Pagi
TEMPAT:
DEWAN AMAR PAHLAWAN
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
BISMILLAH HIRRAHMAAN NIRRAHEEM.
ALHAMDULILLAH
HI RABBIL 'ALAMEEN WASSALATU WASSALAMU 'ALA ASYRAFIL AMBIYAA IWAL
MURSALEEN. SAIYIDINA MUHAMMADIN WA'ALA AALIHI WASAHBIHI AJMA'EEN.
Yang
Mulia Dr Hj Supry bin Hj Ag Ladi, Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat
selaku Pengerusi Majlis dan Timbalan Pengerusi II Majlis Kebangsaan
Keselamatan Jalan Raya,
Yang
Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka
Hj Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan selaku Pengerusi
Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya,
Yang
Mulia Dato Paduka Seri Awang Bahrin bin Mohd Noor, Pesuruhjaya Polis
Diraja Brunei selaku Timbalan Pengerusi I Majlis Kebangsaan Keselamatan
Jalan Raya
Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Hj Mohd Yunos,
Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan.
Yang Mulia Awang Adi Shamsul bin Hj Sabli,
Timbalan Setiausaha Tetap (IT & E-Kerajaan) di Jabatan Perdana Menteri.
Ahli-Ahli
Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya, Pengarah-Pengarah,
Timbalan-Timbalan Pengarah, Jemputan-Jemputan Khas, Pegawai-Pegawai
Kanan, Hadirin dan Hadirat Sekalian.
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI TA'ALA WABARAKATUH DAN SELAMAT PAGI.
- Alhamdulillah,
kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izinNya
jua kita dapat mengadakan Majlis Pelancaran "Aplikasi Mudah Alih Sistem
Keselamatan Amalan Pemandu ("SiKAP Mobile Apps") dan Perkhidmatan
Pesanan Ringkas JPD ("JPD PUSH-SMS Service") pada pagi ini.
- Dalam
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Jabatan Pengangkutan Darat, pihak EGNC dan penglibatan agensi-agensi
yang berkenaan atas usahasama biskita dalam melaksanakan kedua projek
ini.
- Saya sangat mengalu-alukan kedua projek
yang merupakan antara beberapa lagi projek dan inisiatif yang akan
dilaksanakan dalam mendukong visi dan hasrat Kementerian Perhubungan
"Kearah Masyarakat Pintar Menjelang tahun 2017" nanti. Hasrat ini juga
sekaligus akan menjana pertumbuhan, mengembangmajukan dan memudahcara
sektor pengangkutan darat, laut dan udara berteraskan inovasi ICT dan
mesra pengguna.
- Dalam sektor pengangkutan darat, beberapa inisiatif dan strategi telah dilaksanakan antaralainnya seperti;
- Pengenalan Sistem Pengangkutan Darat (SPD).
- Perlaksanaan perkhidmatan Sistem Atas-Talian (Online System) membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan.
- Penguatkuasaan Sistem Mata Demerit ("SiKAP").
- Penyediaan Pelan Induk & Pelancaran Kertas Putih Pengangkutan Darat Negara; dan baru-baru ini,
- Penerbitan buku "Safe and Smart Driving in Brunei Darussalam".
Semua ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha dalam merealisasikan Visi Kementerian Perhubungan.
Hadirin dan Hadirat Sekalian;
5.
Pelancaran Aplikasi Mudah Alih dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD
pada pagi ini juga merupakan inisiatif Kementerian Perhubungan melalui
Jabatan Pengangkutan Darat, yang menjurus kepada usaha kearah
keberkesanan sistem dan pemberian perkhidmatan yang lebih berkesan dan
memudahcara urusan orang ramai.
6.
Dalam hal ini, saya sarankan Jabatan Pengangkutan Darat untuk terus
berusaha dalam mengungkayahkan lebih banyak lagi inisiatif-inisiatif
yang menjurus kepada "Peningkatan Operasi" Jabatan demi kemudahan orang
ramai.
7. Usaha-usaha penaiktarafan Sistem Pengangkutan Darat (SPD)
haruslah dipergiatkan kerana saya percaya dengan urusan dari rumah dan
dari telefon bimbit secara Atas-Talian (online) ini akan
mempertingkatkan lagi produktiviti Jabatan, orang ramai dan kesannya
yang baik kepada produktiviti Negara.
8.
Saya juga penuh berharap JPD akan terus meningkatkan usaha kearah
'reaching out to the public' melalui perkhidmatan-perkhidmatan innovatif
seumpama ini. Saya telah difahamkan "Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD"
ini akan memberikan peringatan awal mengenai dengan status lesen
kenderaan dan lesen memandu sebulan sebelum tarikh mansuh.
9.
Dengan secara tidak langsung perkhidmatan tersebut akan memudahkan
orang ramai supaya dapat mengelakkan kelewatan membaharui lesen
masing-masing. Kaedah seumpama ini pun sudah kitani lihat di sektor
banking, insuran dan juga kesihatan antara lainnya.
10. Dalam kesempatan ini, saya ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya -Baharuilah lesen memandu dan kenderaan biskita secara "online".
Jika sekiranya pun terpaksa ke cawangan JPD melalui perkhidmatan
kaunter, dan jika kehabisan nombor, saya menyarankan supaya JPD akan
sedaya-upaya mengalu-alukan serta membantu pelanggan untuk menggunakan
terminal komputer yang disediakan. Harapan saya adalah untuk
melihat kaunter-kaunter perkhidmatan JPD semakin dikurangkan dan diambil
alih oleh kaedah urusan secara online oleh para pelanggan.
Hadirin dan Hadirat Sekalian;
11.
Sejak SiKAP dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2013, sehingga kini, saya
telah difahamkan lebih kurang 6 ribu pemandu telah didapati melakukan
kesalahan-kesalahan lalulintas yang tersenarai dibawah SiKAP. Seramai 8
pemandu mengumpul mata penuh 24 mata dan lesen mereka telah digantung
selama 3 bulan. Manakala lebih dari 60 pemandu juga telah mengumpul 21
mata.
12. Kalau kitani
meneliti dari segi keberkesanan SiKAP dan inisiatif-inisiatif lain yang
diungkayahkan oleh agensi-agensi yang berkenaan beberapa tahun
kebelakangan ini, Alhamdullillah ada beberapa kesan positif yang ketara
dilihat:
- Penurunan sebanyak 25% bagi kadar
kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian pada tahun 2014 jika
dibandingkan dengan tahun 2013; dan
ii. Kecederaan berat dan ringan juga turut mencatatkan penurunan masing-masing sebanyak 35% dan 12%.
13.
Seperti yang saya tekankan sebelum ini, janganlah kita merasa berpuas
hati atau 'complacent' atas apa yang direkodkan ini. Usaha untuk
mengekalkan momentum dan kewaspadaan pengguna perlu diteruskan.
14.
Dari itu, saya menyeru kepada Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya
(MKKJR) untuk terus berusaha memperkenalkan inisiatif-inisiatif dan
kaedah penguatkuasaan yang baru dan innovatif untuk memastikan SiKAP dan
usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya akan dijalankan dengan
lebih berkesan bagi kesejahteraan orang ramai.
Hadirin dan hadirat sekalian;
15. Sebagai rumusannya, saya mengambil maklum pihak JPD dan agensi-agensi yang berkenaan adalah dalam
proses menaiktaraf sistem Sistem Pengangkutan Darat (SPD) dan
mempertingkatkan lagi 'connectivity' dalam usaha memperbanyakkan lagi
jumlah pengguna 'Online'.
16.
Saya penuh yakin usaha ini dapat dilaksanakan dengan secepatnya dan
usaha mempromosikan penggunaan sistem 'online' akan dapat
dipertingkatkan bagi mendukung hasrat Kementerian Perhubungan.
17.
Pada pengakhir ucapan, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Jabatan
Pengangkutan Darat, pihak EGNC dan agensi-agensi yang berkenaan dalam
usaha yang bermanfaat ini. Ini merupakan satu lagi bukti komitmen yang
berterusan kearah masyarakat PINTAR di Negara Brunei Darussalam.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
TEKS PELANCARAN:
DENGAN KALIMAH BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
DAN
BERTAWAKKAL KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA SERTA
SELAWAT KEATAS JUNUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW,
SAYA DENGAN SUKACITA MELANCARKAN:
"APLIKASI MUDAH ALIH SiKAP"
DAN
"PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS JPD"