Sign In
Mobirise Web Builder
Majlis Pelancaran Blueprint Decade of Action for Road Safety 2011-2020

berita09b

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji-pujian bagi Allah Subahanahu Wata’ala, Selawat serta Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassalam serta kaum kerabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.
Mengadap kehadapan Majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Beribu ampun,

1. Dengan penuh hormat dan takzim, hamba Tuanku bagi pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam dan Jawatankuasa Penyelaras sukacita menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Tuanku ke Majlis Pelancaran Decade of Action for Road Safety 2011 - 2020 pada pagi ini. Hamba Tuanku juga menjunjung kasih diatas perkenan Tuanku untuk mengurniakan sabda dan seterusnya menyempurnakan perasmian Majlis ini. Keberangkatan Tuanku mencerminkan keprihatinan Tuanku terhadap isu keselamatan jalan raya dan kesannya keatas kehidupan kita.

2. Alhamdullillah, sejak penubuhannya, Majlis Keselamatan Jalan Raya telah mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak. Ini menggambarkan komitmen yang padu dalam usaha sama-sama menangani isu keselamatan jalan raya di Negara Brunei Darussalam.
Beribu ampun,

3. Usaha ini adalah selaras dengan inisiatif global yang diterajui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Inisiatif Decade of Action for Road Safety 2011-2020 telah diisytiharkan secara rasmi semasa Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Mac 2010. Inisiatif ini berlandaskan kepada 5 rukun iaitu:-
i. road safety management;
ii. safer roads and mobility;
iii. safer vehicles ;
iv. safer road users; dan
v. post-crash response.

4. Untuk mendokong inisiatif ini, Majlis Keselamatan Jalan Raya telah menyediakan Blueprint Decade of Action for Road Safety 2011-2020 sebagai panduan dalam melaksanakan program-program keselamatan jalan raya. Dengan adanya kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat termasuk pengguna jalan raya, pelaksanaan program-program ini nanti, Insya Allah, akan dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.
Beribu Ampun,

5. Hamba Tuanku sekali lagi dengan penuh hormat serta takzim, sukacita menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Tuanku ke Majlis Pelancaran Decade of Action for Road Safety 2011-2020 pada pagi ini.

6. Di kesempatan ini juga, hamba Tuanku menjunjung sabda perkenan Tuanku untuk hamba Tuanku merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran,
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah Bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan selaku Penasihat Majlis Keselamatan Jalan Raya, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, Pesuruhjaya Polis selaku Pengerusi ke 2 Majlis Keselamatan Jalan Raya,
Tuan-Tuan Yang Terutama, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pihak swasta dan akademia serta para jemputan yang dihormati sekalian

7. Tidak lupa juga hamba Tuanku menyampaikan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Kementerian Perhubungan, Jabatan Pengangkutan Darat, Pasukan Polis Diraja Brunei, Institut Teknologi Brunei dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, atas komitmen yang diberikan untuk menjayakan majlis ini.

 Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhi.

 Junjung Anugeraha.​

Attachments
Speeches