TEKS UCAPAN
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong
Menteri Perhubungan
Jabatan Penerbangan Awam, Berakas
Rabu, 10 Rabiulakhir 1429 Bersamaan 16 April 2008
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH
BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wassalam, Kaum Kerabat dan Pengikut-pengikut Baginda yang setia
lagi jujur hingga ke akhir zaman.
Yang Mulia Pg Hj Abd Rahman bin Pengiran Seri Indera Pg Hj Ismail, Pengarah Penerbangan Awam selaku Pengerusi Majlis;
Yang Mulia Dato Paduka Haji Yusoff bin Haji Abd Hamid, Timbalan Menteri Perhubungan;
Yang
Mulia Awg Haji Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Laila Dato
Seri Utama Haji Awg Mohd Taha, Setiausaha Tetap Kementerian
Perhubungan;
Ketua-ketua Jabatan, Timbalan Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan;
Wakil-wakil agensi-agensi Kerajaan dan swasta ahli kepada Jawatankuasa Kecemasan Lapangan Terbang;
Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian.
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH MEMPUNYAI
BANGUNAN BARU BOMBA LAPANGAN TERBANG
Kita
bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izinNya jua
kita dapat hadir dan mengadakan Majlis Pembukaan Bangunan Baru Bomba
Lapangan Terbang pada pagi ini.
Saya
ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Pengarah Penerbangan Awam dan
Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang kerana dapat melaksanakan
projek pembinaan Bangunan Stesyen Bomba yang baru ini.
PERANGSANG BAGI KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN
Bangunan
Baru Bomba Lapangan Terbang ini, adalah bagi menggantikan Bangunan Lama
Bomba Lapangan Terbang yang lama dan juga menjadi bukti keperhatinan
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menyediakan kemudahan
yang diperlukan dan diharap dapat membantu meningkatkan prestasi
perkhidmatan dan operasi bomba lapangan terbang menjadi lebih baik lagi.
Saya
penuh percaya Bangunan Baru Bomba yang moden ini akan dapat
mengwujudkan suasana bekerja yang kondusif dan memberikan keselesaan
bekerja kepada pegawai dan anggota Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan
Terbang serta akan menjadi perangsang kepada pegawai dan anggota bomba
dalam memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik.
MATALAMAT STRATEGIK
‘SAFE, SECURE AND CLEAN ENVIRONMENT’
Kecemerlangan operasi bomba setentunya akan dapat meningkatkan tahap keselamatan penerbangan dari segi keselamatan (safety) di
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan memainkan peranan penting
dalam perkembangan penerbangan awam dan pengangkutan udara di Negara
ini.
Menyedari kecemerlangan keselamatan dari segi safety dan security perlu
diwujudkan dalam ketiga-tiga bidang pengangkutan iaitu udara, laut dan
darat bagi perkembangan ketiga-tiga sektor industri ini di Negara ini,
Kementerian Perhubungan telah menjadikan ‘Safe, Secure and Clean Environment’ iaitu
menggalakkan keselamatan dan sekuriti serta mempromosi industri yang
mesra alam sebagai salah satu matalamat strategik yang perlu
dilaksanakan kearah merealisasikan visi Kementerian Perhubungan bagi
mengwujudkan Masyarakat yang Canggih dan Kecemerlangan dalam Perhubungan
bagi Memperkasa Dayasaing Negara (Towards A Sophisticated Society and Excellence in Communications for Enhancing National Competitiveness).
Kearah merealisasikan matalamat strategik Kementerian Perhubungan dan dalam memenuhi Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (Chicago Convention), Kementerian
Perhubungan melalui Jabatan Penerbangan Awam perlu memastikan setiap
organisasi dan pembekal perkhidmatan berkaitan dengan penerbangan awam
memenuhi sepenuhnya dan secara berterusan ‘International Civil Aviation Standards and Recommended Practices’.
PERKHIDMATAN BOMBA LAPANGAN TERBANG
Bahagian
Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang adalah tidak terkecuali untuk
memenuhi kehendak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ini.
Jabatan
Penerbangan Awam, dan Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang,
khasnya, hendaklah sentiasa memastikan yang anggota bomba,
kenderaan-kenderaan bomba, alat, peralatan dan media pemadam kebakaran
akan sentiasa dapat memenuhi Kategori 9 Tahap Perlindungan Kebakaran
bagi melindungi pesawat terbesar yang beroperasi ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Brunei ini termasuk penumpang, juruterbang, anak buah kapal
dan harta benda yang terdapat di dalam nya.
Kecekapan
anggota bomba dalam bertindak semasa kejadian dan kemalangan termasuk
memenuhi masa bertindak yang ditentukan dari stesyen ke tempat kejadian
atau kemalangan adalah sangat penting bagi menyelamat nyawa dan harta
benda.
Masa
bertindak adalah juga sangat bergantung kepada kenderaan bomba. Dalam
hubungan ini, adalah sangat mustahak kenderaan-kenderaan bomba termasuk
peralatan yang terdapat didalamnya dipelihara secara pragmatik supaya
ianya akan sentiasa dalam ‘tip-top condition’. Ujian keatas kenderaan bomba ini hendaklah sentiasa dilakukan dan sebarang kerosakan hendaklah diperbaiki dengan serta merta.
Bagi
memastikan perkhidmatan bomba lapangan terbang yang diberikan ini
memenuhi kehendak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, saya
sarankan supaya audit dalaman keatas perkhidmatan bomba ini dijalankan
secara regular dari masa ke semasa.
LATIHAN BAGI ANGGOTA BOMBA
Keberkesanan
sesebuah organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan
efisien sangat bergantung kepada kecekapan tenaga kerjanya. Ke arah ini
kecekapan tenaga kerja akan dapat dipertingkatkan dengan pemberian
latihan yang bersistemik termasuk memberikan latihan asas, latihan
kompetensi dan kepakaran serta latihan ‘recurrency’.
Dalam
hubungan ini saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pegawai dan
anggota bomba lapangan terbang diatas kejayaan mengikuti kursus asas
bomba dan kursus pegawai rendah. Saya berharap agar segala pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi semasa berkursus akan digunakan dalam
menjalankan tugas-tugas seharian.
Ucapan
tahniah dan syabas juga diberikan kepada tenaga pelatih kerana dapat
mengungkayahkan latihan asas kebombaan ini secara dalaman sejak sekian
lama. Walau bagaimanapun, Bahagian Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang
hendaklah berusaha kearah memberikan latihan di peringkat lanjutan di
masa hadapan. Dengan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Bahagian Bomba
Lapangan Terbang, serta pengalaman dalam memberikan latihan,
usaha-usaha boleh diteroka untuk mengongsi latihan-latihan ini dengan
anggota bomba dari dalam dan luar negeri.
PELAN KECEMASAN LAPANGAN TERBANG
Saya
difahamkan pada masa ini Pelan Kecemasan Lapangan Terbang sedang
dikemaskini dengan mengambil kira nasihat-nasihat dari pihak Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa hasil dari audit keselamatan yang dibuat
oleh pihak ICAO pada bulan Februari 2007 dan juga dengan pemindahan
Stesyen Bomba ke lokasi baru ini.
Dalam hubungan ini saya menyarankan supaya Jabatan Penerbangan Awam dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemasan Lapangan Terbang (Airport Emergency Committee)
merancang satu Latihan Kemalangan Udara secepat mungkin bagi tujuan
menilai kecekapan anggota bomba serta anggota setiap agensi-agensi
Kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan
Pelan Kecemasan Lapangan Terbang.
Latihan
kecemasan seperti ini juga akan dapat menilai keupayaan aset-aset yang
terdapat di setiap agensi berkenaan serta menilai keberkesanan standard operating procedures masing-masing yang terdapat dalam Pelan Kecemasan Lapangan Terbang itu.
NASIHAT KEPADA ANGGOTA BOMBA
Sebagai
anggota beruniform, saya ingin mengingatkan anggota bomba supaya akan
sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi yang boleh dijadikan contoh
oleh pegawai dan kakitangan lain di Jabatan Penerbangan Awam. Anggota
bomba hendaklah sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan yang
dikeluarkan oleh ketua masing-masing disamping mematuhi Peraturan Am
Perkhidmatan Awam.
Saya
berseru kepada semua anggota bomba amnya dan anggota bomba yang baru
menamatkan latihan asas kebombaan ini, khususnya, supaya akan sentiasa
berusaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing.
Sebagai ahli penyelamat, anggota bomba hendaklah sentiasa dalam keadaan
berwaspada, bersedia dan ‘physically dan mentally fit’ kerana respon yang segera keatas kejadian dan kemalangan adalah sangat penting bagi menyelamat nyawa dan harta benda.
Setiap
anggota bomba hendaklah sentiasa ingat bahawa tanggungjawab yang
dipikul bagi menyelamat nyawa dan harta benda bukanlah ringan. Ianya
memerlukan konsentrasi yang fokus supaya tidak membahayakan diri sendiri
dan orang lain. Dalam hubungan ini, saya berseru supaya setiap anggota
bomba hendaklah menjauhi dari elemen yang negatif termasuk menggunakan
dadah yang terkawal dan menghidu gam.
PERASMIAN / PENUTUP
Dengan
mendahului kalimah BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM serta dengan
berselawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wassalam, saya dengan sukacitanya merasmikan Bangunan Baru Stesyen Bomba
Lapangan Terbang Antarabangsa.
Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.