TEKS UCAPAN
Yang Mulia Awg Abdul Mutalib bin POKSSDP Haji Mohd Yusof
Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan
Semasa Jerayawara Sistem Mata Demerit Negara Brunei Darussalam
Khamis, 29 Mac 2012,
Dewan Persidangan, Jabatan Bandaran, Kuala Belait
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SELAMAT PAGI
Yang Mulia Awang Haji Haris bin Othman, Pegawai Daerah Belait;
Yang Mulia Awang Haji Khalid bin Haji Mustafa, Pengarah Pengangkutan Darat
Yang Mulia Inspektor Awg Fadillah bin Haji Ibrahim, wakil Pesuruhjaya Polis, Polis DiRaja Brunei,
Yang
Mulia Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung, perwakilan dari
Syarikat-Syarikat swasta, persatuan-persatuan, NGOs, sekolah-sekolah,
pegawai-pegawai Kerajaan, Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian
1.
Alhamdullillah, kita bersyukur Kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana
di atas limpah, rahmat dan izinnya jua maka kita telah dapat sama-sama
menghadirkan diri bagi sesi jerayawara dan dialog mengenai Sistem
Demerit (Demerit Point System) Negara Brunei Darussalam pada pagi ini.
2.
Saya ingin membuka tirai sessi dialog ini dengan mengongsikan 3 kes
atau scenario kemalangan jalan raya yang benar-benar telah berlaku di
Negara Brunei Darussalam baru-baru ini. Nama-nama mangsa, tempat-tempat
dan waktu kejadian tidak perlu saya nyatakan kerana kes-kes tersebut
adalah semata-mata untuk memberi gambaran beberapa scenario kemalangan
jalan raya yang boleh terjadi – kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila
waktu dan dimana-mana sahaja.
4. Kes Senario Pertama
- Kemalangan
Melibatkan 2 buah kenderaan A dan B bertembung (head on collision) di
sebatang jalan kecil, dan mengakibatkan 2 kematian.
- Antara penemuan oleh pihak berkuasa adalah seperti berikut;
- Kedua pemandu dan penumpang kereta A terbunuh di tempat kejadian.
- Pemandu
kereta B yang terlibat telah mengambil lorong jalan yang bertentangan
dengan had laju yang tinggi dan beliau dipercayai telahpun ‘distracted’,
ataupun mengantuk; dan
- Pemandu kedua buah kereta dan penumpang yang meninggal dunia semua didapati tidak memakai tali pinggang keselamatan.
5. Kes scenario Kedua
- Kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan A dan B di sebuah Kawasan Roundabout dan mengakibatkan 1 kematian
- Kereta
A terus keluar simpang roundabout dengan kurang berhati-hati tanpa
menyedari ada sebuah kereta, iaitu kereta B di sebelah kanan sedang
menghala ke depan dengan laju.
- Mangsa yang terbunuh iaitu pemandu kereta A didapati tidak menggunakan tali pinggang keselamatan;
6. Kes Senario Ketiga
- Kemalangan
Melibatkan 2 buah kenderaan A dan B di sebuah kawasan lampu isyarat
simpang tiga di Lebuh raya yang mengakibatkan 3 kecederaan parah.
- Antara penemuan ketara bagi kes kemalangan ini adalah seperti berikut:
- Kereta
A yang menghala lurus di lebuhraya (iaitu semasa Lampu isyarat hijau)
bertembung dengan Kereta B yang mengambil kesempatan membelok semasa
Lampu isyarat merah.
- Pemandu dan 2 Penumpang bagi kereta A yang tercedera parah tidak memakai tali pinggang keselamatan;
- Pemandu kereta B mengalami sedikit cedera di bahagian dada dan beliau memakai tali pinggang keselamatan semasa kemalangan.
7.
Jadi apa mesej utama atau pun rumusan dari 3 kes scenario yang saya
sebutkan tadi? Ada 4 common factors di sini yang menjadi penyebab
kemalangan fatal atau kecederaan parah – i) Memandu terlalu laju
(speeding); ii) Memandu tidak mematuhi peraturan lampu isyarat; iii)
Distraction yang disebabkan mengantuk ataupun menggunakan telefon bimbit
atau berSMS semasa memandu dan iV) Semua mangsa-mangsa tidak memakai
tali pinggang keselamatan baik bagi pemandu mahupun penumpang!
8. Dalam hal ini, saya ingin menyampaikan sedikit statistik yang saya fikir perlu biskita di sini mengetahuinya.
9.
Dari segi kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya dalam 100,000
penduduk, Negara Brunei Darussalam menunjukkan kadar yang tinggi iaitu
lebih kurang 12 ataupun 11.78 kematian dalam 100,000 penduduk pada tahun
2011. Kita boleh mengambil iktibar dengan membandingkan kadar ini
dengan beberapa negara-negara lain seperti yang dilaporkan oleh International Road Traffic and Accident Database (IRTAD)[1] Annual Report 2010. Dalam
laporan tersebut, kadar bagi Singapura adalah 3.8 dalam 100,000, Jepun
4.53 dalam 100,000, Australia 6.8 dalam 100,000 dan United Kingdom
dengan 3.8 dalam 100,000.
10. Dari 47 orang mangsa kemalangan fatal pada tahun 2011, dianggarkan:-
- 20% mangsa adalah dari kemalangan berlaku di sepanjang lebuhraya (9 fatalities);
- 48% mangsa berpunca dari tidak memakai tali pinggang keselamatan (22 fatalities);
- 48% mangsa dari kemalangan sendiri (22 fatalities)
- 42% mangsa kemalangan berpunca dari memandu melebihi had laju;
- 9% mangsa kemalangan berpunca dari memandu dalam keadaan mabuk. 2 kes mengakibatkan 4 kematian;
11. Setakat 2 bulan pertama tahun 2011 ini sahaja sebanyak 10 kes kemalangan Fatal mengakibatkan 11 kematian telah berlaku dan 780 kes speeding direkodkan.
12. Kemalangan banyak melibatkan golongan muda dalam linkungan umur 18-28 tahun.
13.
Keadaan trend kemalangan yang meningkat ini sangatlah membimbangkan.
Kebanyakannya berpunca dari kecuaian dan tabiat pemandu sendiri termasuk
memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit dan ber SMS
semasa memandu, tidak menggunakan tali pinggang keselamatan dan tidak
mematuhi lampu isyarat.
14.
Perkara ini perlu diambil perhatian berat dan seterusnya diusahakan
agar tabiat sebegini dapat dibendung dengan lebih efektif.
15. Dengan usaha dan komitmen semua pihak, InsyaALLAH kemalangan boleh dielakkan.
16.Dalam
menangani isu keselamatan jalan raya ini, Kementerian Perhubungan
melalui Jabatan Pengangkutan Darat, dan kerjasama pihak Polis DiRaja
Brunei khususnya akan memperkenalkan sistem Demerit bagi Negara Brunei
Darussalam.
17.
Pengenalan Sistem Demerit ini adalah sangat bertepatan untuk
dilaksanakan pada masa ini dengan meningkatnya isu-isu kesalahan tabiat
memandu.
18.
Sistem Demerit ini merupakan satu komponen yang akan berpandukan kepada
’database’ yang telah disediakan melalui pelaksanaan Sistem
Pengangkutan Darat (SPD) yang ALHAMDULLILLAH pada masa ini sedang
dijalankan secara percubaan semenjak bulan Jun 2011.
19.
Sistem Demerit ini bertujuan untuk memastikan pemandu supaya lebih
berdisiplin, berhati-hati dan mematuhi setiap peraturan lalulintas yang
ada. Secara ringkas, Sistem Demerit ini bertujuan bagi membuat langkah
pembetulan (Corrective Measure) terhadap sikap atau tabiat memandu
negatif.
20.
Sistem ini akan membantu pihak penguatkuasa mengenalpasti pemandu yang
berisiko tinggi dan mempunyai sikap pemanduan yang sering melanggar
peraturan-peraturan jalanraya yang boleh menyebabkan kemalangan.
21.
Sistem Demerit sekaligus dihasratkan untuk membendung tabiat pemandu
yang membimbangkan seperti tidak menggunakan tali pinggang keselamatan,
melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, bertelefon dan berSMS
semasa memandu.
22. Sistem Demerit ini akan diperkenalkan melalui 3 fasa.
- Fasa pertama
kita akan dapat menilai keberkesanannya dan memberikan masa kepada
orang ramai memahami atau membiasakannya. Ianya dijadualkan pada
pertengahan bulan April 2012 ini untuk tempoh selama 6 bulan;
- Fasa kedua
pula akan dilaksanakan pada bulan Oktober atau November 2012. Ini akan
melibatkan pemasangan dan percubaan beberapa ’hardwares’ yang diperlukan
termasuk ’fixed speed cameras’ dan ’Traffic Lights Cameras’ di beberapa
tempat tertentu;
- Fasa ketiga (full deployment nationwide) akan dijadualkan pada pertengahan tahun 2013 nanti.
23.
Dari itu, adalah mustahak bagi sistem Demerit ini diberigakan kepada
orang ramai khususnya biskita disini pada pagi ini, agar biskita faham
dan sekaligus mendorong biskita berhati-hati sebelum projek rintis ini
dilaksanakan sepenuhnya InsyaALLAH pada pertengahan tahun 2013 nanti.
24.
Dikesempatan ini juga, saya menaruh harapan tinggi dan seterusnya
merayu kepada biskita bahawa bagi menjayakan inisiatif sistem demerit
ini, saya alu-alukan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak, iaitu
agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, awam, swasta dan biskita orang
ramai khususnya. Usaha murni ini adalah tanggungjawab kita bersama!
25.
Akhir sekali sama-samalah kitani berdoa mudah-mudahan dengan usaha dan
kerjasama dari semua pihak yang saya sebutkan tadi akan dapat mencapai
objektif demi kepentingan keselamatan jalan raya kepada masyarakat umum
dan sekaligus dapat mengurangkan kemalangan jalan raya. Ameen! Sekian
Terima Kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayat Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
- [1] In
1988, the OECD Road Transport Research Programme established the
International Road Traffic and Accident Database (IRTAD) as a mechanism
for providing an aggregated database, in which international accident
and victim as well as exposure data are collected on a continuous basis.
Among members of IRTAD are Malaysia (Miros), Australia (Department of
Infrastructure and Transport).
- http://internationaltransportforum.org/irtadpublic/members.html