Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU1AITI17

ISU: Perkhidmatan Telekomunikasi di kawasan RPN Meragang dan Tanah Jambu


- Soalan Yang Berhormat -

“Mengenai perkhidmatan telekomunikasi, seperti bekalan telefon rumah, penyambungan internet dan juga penerimaan isyarat bagi telefon bimbit di kawasan RPN Meragang dan Tanah Jambu. Perkara ini pernah diutarakan oleh penduduk kampung bahawa talian telefon di rumah persendirian dan internet belum ada di kawasan berkenaan.

Status terkini sehingga bulan Ogos tahun lepas terdapat pemasangan Cable Optic di kawasan berkenaan. Pertanyaan kaola, bilakah perkhidmatan telekomunikasi ini boleh diguna pakai?”

- Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai perbekalan perkhidmatan telekom di tempat-tempat perpindahan. Sebenarnya kaola ingin berpanjang lebar sedikit

Seperti yang kitani maklum bahawa perkhidmatan-perkhidmatan telekom sudah diswastakan dan beberapa buah service provider ataupun syarikat pengendali telekom seperti Telbru, DST dan PCSB telah berusaha sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan terutamanya di tempat-tempat yang belum dilengkapi dengan sistem fibre-to-the home ataupun pancaran-pancaran itu terhad kepada satu tempat.

Jadinya untuk menjawab soalan ini, ada 2 pendekatan yang dapat kitani pertimbangkan:

1.    Melalui kerajaan sendiri untuk menyediakan peruntukan ataupun dengan cara;

2.    Perkhidmatan itu diswastakan dengan meminta syarikat-syarikat berkenaan untuk meningkatkan lagi usaha ke atas pemberian perkhidmatan-perkhidmatan telefon itu.

Memandangkan ICT ini merupakan satu public goods. Public goods ini mesti ada accessibility tidak ada sebab mana-mana pihak ataupun lapisan masyarakat yang terkecuali dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan ini. Kitani telah menerima kenyataan bahawa perhubungan ataupun dalam konteks ICT ataupun internet adalah menjadi salah satu aspek penting dalam kehidupan kitani seharian.

Begitu juga dalam kitani bermasyarakat dan bernegara, ICT ini merupakan a pack of life sudah. Sebab apa, melalui internet kitani mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dan menaikkan taraf hidup kitani dengan memanfaatkan segala maklumat yang boleh diperolehi dari internet ataupun akses kepada perkhidmatan telekom. Ini bererti ICT mampu untuk membentuk peredaran zaman kerana sudah ada apa yang dipanggil sebagai digital economy, smart society, masyarakat pintar dan smart nation.

Jadinya, Yang Berhormat, bukan sahaja memikirkan kepada kawasan-kawasan yang di bawah pemantauannya sahaja dan kaola pasti Ahli Yang Berhormat pun ingau mengenai perkara ini di tempat-tempat yang lain. Ini merupakan satu kebimbangan yang sama.

Kesedaran Kementerian Perhubungan adalah jelas untuk menjaga kepentingan rakyat dan memastikan bahawa setiap pembangunan dan perkembangan itu hendaklah seimbang. Jangan ada orang tinggal di bandar ganya dapat ampit all these facilities, tapi orang di luar bandar tidak dapat, sebab apa? For commercial reason ataupun apa. Ini merupakan satu isu yang dibangkitkan di mana-mana negara terutama negara-negara luar bandar yang besar, kawasan luar bandar yang besar, penduduk-penduduknya yang berselerak di tempat lain, penduduk yang sparsely populated.
Kita harus awas bahawa ICT ini mampu untuk membentuk peredaran zaman. Sekarang ini kita sudah digital economy. Kalau sekiranya digital economy itu untuk memanfaatkan hanya sekelompok masyarakat merupakan satu perkara yang amat menyedihkan.

Lebih penting ialah mengenai ledakan ICT ini, semakin cepat semakin deras, hampir di luar dugaan seperti yang kaola pernah sentuh dalam mukadimah pancaran spectrum 5G mampu untuk menyampaikan maklumat atau data dari segi suara, gambar dan video dengan jarak yang jauh. Sekarang ini kalau kan melihat filem atau semua pakai iPhone 3G sahaja tidak lagi payah pakai internet. Dulu mesti ada internet access baru dapat melihat filem.

Apa yang berlaku dalam sedikit masa lagi ialah semua barang ini ada signal yang dipanggil internet of things dan akan mengeluarkan maklumat-maklumat mengenai karakter barang berkenaan, berapa ramai orang memakai, ke mana tujunya dan mengeluarkan maklumat-maklumat (informations) yang ada nilainilai perniagaan. Itu kenyataannya sekarang ini.
Kitani tidak boleh ketinggalan dalam embrace teknologi ini, kalau kitani ketinggalan mungkin keadaan kitani makin terpencil, makin irrelevant lagi keadaan kitani. Setiap lapisan masyarakat, setiap penduduk di negara ini harus be part of this process development.

Kalau dulu dengan 3G sahaja sudah membuat cara hidup kitani sedikit berubah, bayangkan kalau dengan 5G boleh memberi maklumat-maklumat dari tempat yang jarak jauh dari tempat sama ada di laut ataupun di udara.

Memastikan jentera-jentera itu bergerak dengan baik. Itu sahaja sudah merupakan satu perkembangan yang menakjubkan sejauh pengetahuan kaola.

Jadinya apa yang penting ialah untuk kita terus mencapai kemajuan. Kitani harus mempersiapkan rakyat dan penduduk di negara ini dengan peredaran teknologi terutamanya dengan menyediakan prasarana-prasarana seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Kita perlukan prasarana yang mencukupi. Yang penting juga ialah memastikan bahawa setiap perkembangan itu adalah seimbang (balance) dari segi kemanfaatannya kepada seluruh lapisan rakyat akan dapat menikmati perkembangan tersebut bukan sahaja dari segi protection of the envoirnment atau sebagainya tetapi juga memastikan bahawa semua lapisan rakyat akan dapat menikmati perkembangan itu.

Menyebutkan isu accesibility dan mengenai isu dengan affordability, ada sesetengah negara apabila tidak dapat mencapai speed yang dikehendaki untuk mereka membuat akses ataupun memuat turun (download) maklumat-maklumat itu, diberi pula bantuan supaya boleh memuat turun maklumat-maklumat yang memerlukan kelajuan yang tinggi sebagai contoh, kita di Brunei [Alhamdulilah], kelajuan yang kita sediakan itu sudah tinggi 25 bits/second itu merupakan satu perkembangan yang baik. Atas tujuan ini, Yang Berhormat Pengerusi dalam Perintah Telekomunikasi 2001 ada satu peruntukan di bawah Seksyen 58 iaitu untuk melaksanakan rancangan dalam rangka apa yang dipanggil sebagai Universal Services Obligation.

Universal Services Obligation ini bertujuan meluaskan penggunaan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh Negara Brunei Darussalam khususnya, bagi tempat-tempat yang tidak menerima liputan atau under surf area.

Dari pemantauan Kementerian Perhubungan sebanyak 81 buah kampung yang sehingga sekarang ini belum lagi menerima liputan berkenaan dan ini pun banyak yang belum memasukkan beberapa kampung di daerah-daerah Brunei Muara ini. Masalahnya di kampung-kampung ini penduduknya ada yang dalam 300 orang sahaja.

Dari segi keperluan menara-menara yang akan ditubuhkan kita memerlukan sebanyak 60-65 buah menara lagi dan setiap menara itu harganya kira-kira $650,000.00. Apa yang diharapkan ialah dengan adanya perancangan USO ini, menubuhkan satu dana, iaitu pihak penyelia telekomunikasi membuat komitmen untuk menyumbang kepada dana itu berapa peratus dari pendapatannya digunakan sebagai modal untuk pembinaan infrastruktur.

Kementerian Perhubungan berharap akan dapat dilaksanakan dalam sedikit masa lagi dengan tujuan berunding dengan pihak-pihak penyelia telekomunikasi.

[Alhamdulilah] apa yang difikirkan oleh Yang Berhormat itu merupakan satu kebimbangan dari pihak yang berkenaan. Perlunya kita mengambil langkah ini dan meminta kepada pihak yang berkenaan untuk memberi sumbangan kepada pertumbuhan ICT di negara ini.

Ini sahaja yang kaola terangkan mengenai usaha Kementerian Perhubungan untuk mengatasi isu yang dipanggil sebagai jurang perbezaan digital ataupun digital divide di negara ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
17 Oktober 2017​​Pada masa ini, kawasan-kawasan RPN Kg Meragang serta RPN Kg Tanah Jambu telahpun mempunyai liputan mudah alih DST dan PCSB. Pihak penyedia telekomunikasi (DST dan PCSB) telah mendirikan sebanyak lapan (8) buah menara telekomunikasi di kawasan RPN Kg Meragang dan lapan (8) buah menara telekomunikasi juga di kawasan RPN Kg Tanah Jambu. Manakala projek pemasangan Fiber to the Home (FTTH) dari pihak Telekom Brunei Berhad (TelBru), butiran nya seperti berikut:-

RPN Kg Tanah Jambu
​No​Jenis
Rumah
​Jumlah
Keseluruhan
​Talian FTTH 
(Home Connect)
​Status kesediaan
infrastruktur FTTH
​1​Berkembar
(Semi-Detached)
​266​266 talian FTTH telah disambung dan sedia untuk dilanggan​100%
​2​Teres​1,256​1,256 talian FTTH telah disambung dan sedia untuk dilanggan​100%


 RPN Kg Meragang
No​Jenis Rumah​Jumlah Keseluruhan​Talian FTTH 
(Home Connect)
​Status kesediaan
infrastruktur FTTH
​1Sebuah
(Detached)
​1,383742 talian FTTH telah disambung dan sedia untuk dilanggan54%

*Adalah dijangka selebihnya akan siap pada akhir tahun 2017.
​2​Teres​474​355 talian FTTH telah disambung dan sedia untuk dilanggan
75%

*Adalah dijangka selebihnya akan siap pada akhir tahun 2017.