Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU3AITI17

ISU: Cadangan mengurangkan cukai telefon bimbit dan pembaikan keatas top up card


- Soalan Yang Berhormat -

“[Alhamdulilah] kerajaan pada masa ini telah mengurangkan beberapa jenis cukai bagi mengurangkan bebanan rakyat seperti mengurangkan peralatan kenderaan dan sebagainya.

Maka dalam Dewan yang mulia ini, kaola juga mencadangkan kepada pihak swasta seperti pihak DST agar dapat mengurangkan cukai tahunan telefon bimbit (DST) dari $25.00 setahun kepada $20.00 setahun bagi meringankan bebanan dan lebih menghargai suara pengguna terutama yang mempunyai banyak tanggungan untuk membayar cukai tersebut;

Kaola memohon pihak yang berkenaan yang mengeluarkan Easi Kad dan sebagainya untuk membuat pembaikan terhadap perkara tersebut dari segi percetakan nombor top upnya yang terlalu kecil sehingga golongan warga emas sukar untuk membacanya. Perlu kita ketahui juga penggunaan Easi Kad ini bukanlah sahaja terhad kepada golongan muda tetapi semua peringkat termasuk warga emas dan ini kaola rasa relevan untuk disuarakan”.

- Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Nampaknya soalan ini lebih berbentuk commercial decision pada pihak-pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun, mengenai cukai telefon bimbit itu, kaola akan serahkan kepada rakan sejawatan kaola dari pihak yang berkenaan untuk mungkin dapat memberi sedikit penerangan mengenai cukai-cukai telefon bimbit yang dikenakan oleh pihak DST.

Begitu juga mengenai Easi Kad ini akan kaola sampaikan kepada pihak TelBru untuk memastikan supaya cetakkan nombor-nombor yang terdapat di atas Easi Kad itu akan mudah dibaca oleh orang-orang tertentu.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan