Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU4AITI17

ISU: Pengguna parabola (TVRO) dan persaingan dalam perkhidmatan internet


- Soalan Yang Berhormat -

“Dalam kehidupan seharian ini selain dari kita beramal soleh kita juga perlu mendapatkan hiburan yang seimbang bagi melepaskan penat lelah dan stres atas beban yang memikul tanggungjawab kerja atau selepas menghadiri mesyuarat misalannya dengan bermacam-macam cara iaitu satu daripadanya ialah dengan menonton televisyen sama ada rancangan tempatan mahupun luar negeri yang menggunakan parabola.

Bercakap mengenai parabola masih adakah usaha mengutip bayaran penggunaan parabola yang diperkenalkan oleh Kementerian Perhubungan beberapa tahun yang lalu untuk perkhidmatan siaran televisyen di negara ini. Jika masih ada ke manakah kutipan disalurkan dan adakah kepada kerajaan atau kepada pengendali satelit dan berapa jumlah pengguna ataupun pelanggan yang terkumpul sejauh ini?;

1.    Apakah ada usaha-usaha dan perancangan Kementerian Perhubungan untuk membukakan penambahan provider telefon internet dari yang ada pada masa ini. Seandainya ada penambahan provider tentunya dapat menciptakan persaingan yang hebat dan menarik dari segi harga dan pakej yang ditawarkan. Harga internet di Brunei jauh lebih tinggi jika dibandingkan negara-negara lain termasuk negara tetangga kita”.  

- Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan-soalan yang begitu menarik.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin memohon penangguhan sedikit untuk menjawab soalan yang berhubung dengan parabola sebab Yang Berhormat menghendaki data-data mengenai kumpulan pengutipan bayaran dan juga keramaian pelanggan yang memakai parabola di Negara Brunei Darussalam.

Menyentuh mengenai service provider telephone and internet telefon ini, satu perkara yang harus kita maklumi ialah di Negara Brunei Darussalam ini penduduknya cuma 420,000 orang lebih Yang Berhormat Pengerusi. Kita masa ini sudah ada 3 service providers iaitu TelBru, DST dan PCSB.

Kalau di negara lain seperti Singapura dengan penduduknya yang seramai hampir 7 juta itu keramaian service providernya pun kurang lebih sama. Kalau tidak pun 4 atau 5 saja. Jadinya dari segi competition itu memang sudah ada dengan adanya ketiga-tiga service provider itu sudah ada persaingan harga dan juga produk yang akan diberikan sehingga sekarang ini kita lihat perkembangannya.

Dari pandangan abiskaola sendiri dan juga menjawab soalan dari Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad tadi mengenai perkara yang sama. Di tempat lain mengamalkan sistem pasaran bukannya pasaran terbuka bukannya sistem lazy fair ataupun free market yang semua orang yang ingin menggunakan perkhidmatan itu dibiarkan saja macam itu. Yang boleh menjejaskan ataupun memulakan price war ini seperti yang pernah berlaku semasa B.mobile. Maka adalah wajar bagi kita untuk memastikan bahawa kita mempunyai sukat-sukat tertentu.

Seperti yang kaola terangkan pada masa mukadimah pada khamis lalu, kalau kita mengikut sukat-sukat yang ditetapkan oleh International Telecommunication Union (ITU) iaitu mengikut average di bawah 5% daripada average salary di negara ini kita sudah jauh lebih rendah dari sukat-sukat itu. Tetapi kalau kita menggunakan sukat-sukat dari negara ASEAN banyak faktor yang harus kita ambil kira sebagai contoh jumlah penduduk yang ada di negara itu, cost of living, economies of scale dan sebagainya harus diambil kira yang menyebabkan perkara-perkara ini barangkali di tempat lain jauh lebih murah dari Negara Brunei Darussalam. Makanya ada perbezaan harga tapi mengikut sukat-sukat oleh ITU, kita [Alhamdulilah] dalam keadaan yang selesa.


- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017​PENGGUNAAN PARABOLA (TVRO)
Pihak AITI bersama pihak Kementerian telah membuat penilaian semula mengenai dasar peraturan TVRO yang dikeluarkan. Hasil dari penilaian tersebut, Pihak AITI bersama pihak Kementerian memutuskan untuk meneruskan dasar peraturan TVRO dimana lesen penggunaan TVRO bagi individu diberhentikan pada 1hb September 2018, kecuali kepada institusi-institusi yang dibenarkan sahaja. 

Sehubungan dengan itu, pembayaran untuk memohon dan membaharui lesen penggunaan individu parabola (TVRO) tidak lagi diterima sejak 1hb Julai 2017

PERSAINGAN DALAM PERKHIDMATAN INTERNET
Bagi usaha-usaha membukakan penambahan penyedia telekomunikasi/internet, pada masa ini, pihak AITI sedang menjalankan satu kajian untuk meneliti keadaan pasaran telekomunikasi di negara Brunei Darussalam dimana ianya menekankan keperluan persaingan pasaran dan juga ketahanan atau “sustainability” syarikat penyedia telekomunikasi yang sedia ada pada masa ini. 

Hasil daripada kajian tersebut adalah diharap akan memberi pihak AITI maklumat tentang pasaran telekomunikasi secara holistik dan memberi pemahaman atau justifikasi sekiranya Negara Brunei Darussalam memerlukan penambahan syarikat penyedia telekomunikasi.