ISU: Kadar tambang penerbangan Royal Brunei diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan (anak-anak yatin dan orang berkeperluan khas)
- Soalan Yang Berhormat -
“Kaola menyentuh mengenai kadar tambang Penerbangan Royal Brunei pada musim cuti persekolahan nampaknya masih tinggi. Maka dengan itu dapatkah pihak Penerbangan Royal Brunei menimbangkan untuk membuat kadar murah atau discount ke destinasi negar-negara ASEAN kepada anak-anak yatim dan orang Berkeperluan Khas yang belayar mengikut keluarganya pada musim cuti sekolah.
Dengan adanya tambang istimewa ini dapatlah mereka yang dalam golongan tersebut terutamanya anak-anak yatim yang kurang berkemampuan berpeluang menikmati Penerbangan Royal Brunei dan pihak Penerbangan Royal Brunei berpeluang membuat amal kebajikan.
- Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput
- Jawapan Menteri Perhubungan -
Kadar tambang. Ini juga merupakan satu pertimbangan perniagaan kepada pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun, ingin kaola tekankan bahawa pihak Civil Aviation Authority juga memantau hargaharga tiket ini untuk memastikan bahawa ia setara dengan harga-harga tiket yang dihulurkan oleh syarikat penerbangan di tempat lain dan memastikan jangan ada satu proses iaitu peperangan harga ataupun price war menjadikan pemasaran penerbangan ini terjejas.
- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat
17 Oktober 2017
| Memang telah diketahui pihak RB sentiasa dari masa ke semasa menyediakan promosi tambang2 di musim-musim tertentu dengan harga yg kompetitif dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain.
Pihak DCA sememangnya memantau kadar-kadar yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan ini dengan mengambilkira prinisp harga yang berpatutan (‘market-based’) disamping mempastikan consumer protection.
Setakat ini belum ada sebarang ‘intervention’ dari pihak DCA ke atas syarikat-syarikat penerbangan atau agen-agen tiket yang menawarkan atau mempromosi tambang. Walau bagaimanapun, syarikat atau agensi penerbengan dikehendaki untuk file-in ke DCA selaku authoriti yang mengawalselia hal-ehwal penerbangan awam dan komersil.
Pemantaun terutama dari aspek-aspek economic regulatory/oversight yang memberi fokus utama seperti penilaian trafik penerbangan, tambang, kos, kapasiti dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan belum diselenggarakan secara komprehensif. |