Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU1LAUT17

ISU: Perancangan bagi pengusaha-pengusaha bot laju dan perkembangan peraturan pengangkutan laut


- Soalan Yang Berhormat -

“Berhubung masa hadapan pengusaha-pengusaha “bot laju” Daerah Temburong jika jalan penghubung sudah digunakan dan “perahu tambang’ Sungai Brunei jika jambatan penghubung ke Sungai Kebun juga digunakan.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat. Dalam jangka 2 tahun dari sekarang, pengusaha “bot laju” yang beroperasi dari Daerah Temburong ke Bandar Seri Begawan dan sebaliknya mungkin akan terjejas, kerana sebilangan besar pengguna-pengguna akan beralih menggunakan jalan darat yang lebih mudah, cepat dan senang.

Sehubungan dengan itu, kaola ingin tahu apakah usaha dan perancangan Kementerian Perhubungan bagi menyambung hayat pengusaha “bot laju” Daerah Temburong ke Bandar Seri Begawan dan juga “perahu tambang” Sungai Brunei. Barangkali ramai daripada mereka ini nanti akan kehilangan pekerjaan sebagai mata pencarian hidup, menyara kehidupan keluarga masing-masing.

Persoalan yang ada hubungannya dengan yang kaola timbulkan ini ialah sukacita juga ingin mengetahui perkembangan peraturan pengangkutan laut, iaitu adakah sudah direview, maksud kaola khususnya mengenai keramaian penumpang pada misalannya daripada 12 orang penumpang kepada lebih penumpang seperti 20/30 penumpang dan seterusnya.
Begitu juga insurans “bot laju” dan “perahu tambang”, ini termasuklah juga pengusaha “perahu tambang” ini akan kepatuhan mereka akan undang-undang peraturan yang dikuatkuasakan dan pada ketika ini dan jika sudah ada menilai kaola memohon penjelasan lanjut mengenainya”.

- Yang Berhormat Awg Hj Emran bin Haji Sabtu

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola lebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinannya pada pemaju-pemaju “bot laju” dan “perahu tambang” yang akan menghadapai keadaan yang berubah terutamanya apabila jambatan yang menghubungkan Daerah Temburong dengan Daerah Brunei Muara telah pun siap nanti dan juga jambatan yang menghubung Bandar Seri Begawan dengan Sungai Kebun, itu nanti sudah siap. Ini memang satu kenyataan yang akan dihadapi dan kaola amat berterima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat membangkitkan perkara ini. Mungkin jawapannya bukan ada pada abis kaola. Walau bagaimanapun kitani harus fikirkan bahawa dengan adanya jambatan-jambatan tersebut akan lebih banyak peluang pekerjaan dan perdagangan akan lebih terbuka. Ini yang harus kita terangkan dan maklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan, terutamanya pemaju-pemaju “bot laju” dan “perahu tambang” dan juga pemandu-pemandu bot sendiri supaya akan memikirkan untuk berhijrah daripada keadaan sekarang kepada keadaan lain dan untuk menyediakan diri dengan kemahiran yang perlu ada pada diri dalam menghadapi suasana baharu itu.

Seperti yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua) bahawa banyak fasiliti yang telah disediakan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menggalakkan rakyat di negara ini untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan juga peluang-peluang untuk mempertingkatkan diri dan menghadapi kemahiran-kemahiran baharu.

Ini perlu ada kesedaran ini dari awal sebelum lagi jambatan itu siap dan harus kita menerima kenyataan ini bahawa keadaan akan berubah tapi bukan semestinya keadaan itu berubah kepada keadaan yang kurang baik. Peluangpeluang itu akan lebih besar terbuka seperti jawapan kaola tadi kepada Yang Berhormat bahawa salah satu aspek yang akan berubah ialah demografi.

Penduduk akan semakin ramai, akan membuka peluang pelancongan, perdagangan da [Insya-Allah] pekerjaan. Ini yang kitani harapkan terjadi makanya ada pelaburan dengan jumlah wang yang besar untuk membuka lagi perekonomian di kawasan tersebut. Ini harus kita sambut dengan baik. Bagi yang berkenaan telah juga menyiapkan diri dengan ilmu dengan kemahiran yang baharu untuk menghadapi kenyataan ini.
Mengenai peraturan-peraturan laut. Ingin kaola jelaskan bahawa semua peraturan kapal di laut ini adalah di bawah kawalan IMO (International Maritime Organization). Semua kapal-kapal yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam yang menghubungkan Negara Brunei Darussalam dengan tempat-tempat/negara-negara lain dikehendaki untuk mengikuti piawaian yang ada iaitu kapal-kapal berkenaan mengikut saiznya hendaklah mesti ada seaworthy, dengan mengikut saiznya itu berapa boleh dibenarkan untuk memuatkan penumpang atau menjejaskan berat kapal berkenaan.

Semua ini bukannya kita membuat keputusan menambah penumpang begitu sahaja tetapi berasaskan kepada piawaian yang ditetapkan oleh International Maritime Organization (IMO).

Dalam pada itu, apa yang kaola terangkan tadi perlunya Negara Brunei Darussalam untuk mengadakan domestic classification sendiri. Itu sahaja yang difikirkan untuk menggalakkan perairan Sungai Brunei ini untuk dipermajukan lagi dengan menggunakan classification domestic yang dikhususkan untuk Negara Brunei Darussalam sahaja.

Nanti dapat kita menimbangkan mana bot-bot yang ingin diubah suai, dibesarkan, dikecilkan dan sebagainya sama ada ia sesuai boleh menepati kehendak-kehendak seaworthiness, dapat kitani menentukan nanti.
Proses untuk mengadakan domestic classification ini, Jabatan Laut akan menggunakan khidmat nasihat dari pihak-pihak konsultan yang tertentu dan boleh memberikan perkhidmatan tersebut. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang ingin kaola terangkan.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017
​Pihak Jabatan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pengusaha-pengusaha bot yang terlibat bagi mendapatkan ulasan dan pandangan mereka mengenai isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat. Seterusnya, pihak jabatan akan membuat perancangan ke atas pandangan yang bersesuaian dan akan memberikan bantuan/menyokong usaha-usaha yang diusulkan.
    
Jabatan Laut sentiasa memantau perkembangan semasa industri perkapalan dengan mengambilkira peraturan perkapalan dibawah kawalan IMO dan mengimplementasikan kawalan tersebut didalam perundangan Jabatan.

Dalam memastikan kapal-kapal dan perahu-perahu yang beroperasi di perairan Negara Brunei Darussalam ini selamat dan seaworthy untukberoperasi, Jabatan Laut telah merancanakan penubuhan domestic classification yang mana domestic classification ini nanti akan bertanggungjawab dalam memastikan tahap keselamatan bot dan perahu tersebut melalui perundangan dan peraturan  yang telah disahkan dan diiktiraf oleh pihak Jabatan.

Disamping itu, pihak Jabatan juga telah mempersyaratkan setiap perahu yang membawa penumpang untuk mempunyai insuran dan para pemandu hendaklah mempunyai lesen Kelas 9(Terhad). Pihak Jabatan juga sentiasa giat dalam mengadakan perbincangan bersama para operator dan pengusaha dari masa ke semasa.

Tender Domestic Classification sudah dibukakan mulai 7hb Ogos 2017 dan ditutup pada 19hb September 2017.