Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU2LAUT17

ISU: Keselamatan perairan Negara


- Soalan Yang Berhormat -

“Pada zaman dahulu kala laut ataupun perairan dijadikan sebagai laluan untuk perhubungan sebelum tercipta pesawat kapal terbang. Laut juga adalah tempat mencari sumber rezeki seperti menangkap ikan, udang, kerangkerangan dan lain-lain lagi. Untuk itu kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatannya.

Sehubungan dengan itu, apakah bentuk usaha Kementerian Perhubungan khususnya Jabatan Laut untuk mengawal dan memastikan perairan di negara ini tidak dicerobohi oleh pendatangpendatang haram, nelayan ataupun penangkap ikan secara haram serta penyeludupan tenaga kerja secara haram melalui perairan”.

- Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai Jabatan Laut. Mengenai aktiviti-aktiviti haram (illegal fishing activities). Perkara ini di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Kaola akan merujuk perkara ini kepada pihak yang berkenaan untuk memberi penerangan lanjut mengenai operasi-operasi yang dilaksanakan di pesisiran pantai dan penubuhan Maritime Coordination Center untuk memastikan aktiviti-aktiviti ini dapat dikekang.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017
​Dalam menangani isu pencerobohan yang termasok pencerobohan Zon-zon Keselamatan (Pelantar Minyak), Illegal Fishing dan Penyeludupan barang-barang terlarang, perkara ini telah ditangani oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terdiri dari Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (Tentera Laut), Pasukan DiRaja Brunei (Polis Marin), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Kastam & Eksais DiRaja dan Jabatan Perikanan.
 
Disamping itu Jawatankuasa Keselamatan Negara (JKN) dan Jawatankuasa Keselamatan Maritim (JKKM) juga telah di tubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menangani isu-isu yang berkaitan keselamatan dan kesejahteraan (Safety & Security) di Perairan Negara Brunei.

Jabatan Laut sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam menangani perkara-perkara berkaitan dengan akiviti-aktiviti haram seperti pencerobohan sekiranya diperlukan. Disamping itu Jabatan Laut juga ikut serta dalam rondaan dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Marin, Jabatan Perikanan dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.