ISU: Early Warning System
- Soalan Yang Berhormat -
“Kaola ingin bertanya menyusul semula cadangan yang pernah dibawa di Dewan yang mulia ini kalau tidak silap kaola pada tahun 2014. Adakah negara sudah mempunyai early warning system yang cukup nauzubillahiminzalik, sekiranya cuaca lebih ekstrim berlaku seperti tsunami, gempa bumi, ribut dan lain-lain untuk orang ramai mengetahui akan amaran-amaran tersebut. Terutama sekali penduduk di kawasan pedalaman atau yang tidak mempunyai liputan ataupun mungkin liputan rendah?”
- Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad
- Jawapan Menteri Perhubungan -
Yang terakhir mengenai dengan keadaan kaji cuaca ini. Proses Jabatan Kaji Cuaca ini ialah mereka bekerja selama 24 jam (on 24 hours bases). Dan seperti yang kaola jelaskan semasa mukadimah, kita memerlukan kaji cuaca ini beroperasi secara inter perineal operation. Dimana Jabatan Kaji Cuaca berupaya untuk memberi maklumat yang lebih detail (more advance) yang diperlukan oleh pihak-pihak tertentu bukannya pihak orang ramai.
Tapi, dari segi memberi early morning system, itu sudah memang the latest pun kalau sekiranya barang itu terjadi, ia boleh berlaku barangkali dalam 1 jam atau lebih tetapi sebelum itu dapat diberikan secara awal sehinggakan 3 ke 4 hari lebih awal sudah dapat di anticipate.
Itu pun sejauh yang melibatkan cuaca tapi Yang Berhormat tadi mention mengenai tsunami, earthquake dan sebagainya. Itu di luar daripada penglibatan Jabatan Kaji Cuaca.
Jabatan Kaji Cuaca hanya akan memberi maklumat mengenai angin, hujan dan juga ombak-ombak yang on the surface itu, this are penglibatan kaji cuaca, hopefully itu jelas.
- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat
17 Oktober 2017
| Meningkatkan kerjasama dengan pihak NDMC dalam memberikan maklumat amaran awal (early warning) khususnya menggunakan kaedah colour coded weather warning berserta dengan nasihat-nasihat yang berkaitan pada peringkat kejadian cuaca ekstrem yang berkemugkinan berlaku |