Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU1PORTS17

ISU: Perkembangan Terminal Kontena Muara dan peluang pekerjaan


- Soalan Yang Berhormat -

“Kaola ingin merujuk mukadimah Yang Berhormat Menteri Perhubungan yang menyatakan Terminal Kontena Muara telah diswastakan kepada Darussalam Asset dengan harapan Pelabuhan Muara dapat diurus tadbir dengan cekap dan berkesan dan dipromosikan sebagai destinasi perdagangan transit dan eksport proses zon.

Pertanyaan kaola, Terminal Kontena Muara telah diambil alih oleh Muara Port Company iaitu MPC iaitu syarikat usaha sama antara Brunei Darussalam Asset Sendirian Berhad dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co. Ltd dari Negara China. Kaola ingin bertanya:

i.    Apakah perkembangan Terminal Kontena Muara setakat ini dan perancangan syarikat ini setelah pengambilan alih terminal tersebut?; dan

ii.    Adakah dengan perubahan ini akan dapat memberikan peluang 6 pekerjaan jua kepada pencari-pencari kerja?”

- Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Nampaknya persoalan pertama untuk menghargai apa yang diusahakan oleh Kementerian Perhubungan dan juga kementerian-kementerian yang ada berhubunga dengan Sistem Perdagangan Antarabangsa ataupun Cross Border Trading.

Lebih dahulu kaola ingin memberi penerangan mengenai isu-isu yang berbangkit mengenai peranan Jabatan Pelabuhan Muara dalam memberi kemudahan perdagangan antarabangsa.  Isu menswastakan Jabatan Pelabuhan Muara, buka satu isu yang baharu malah kira sudah melalui beberapa pengalaman dalam menswastakan perkhidmatan Pelabuhan di Muara.

Pernah dulu kita menswastakannya kepada satu syarikat di negara jiran yang menampakan dari segi progress yang dilaksanakan begitu menggalakkan, jika dibandingkan dengan progress selepas itu ataupun sebelum Pulau Muara Besar diswastakan kepada Darussalam Asset.

Apa yang kita harus faham mengenai kemasukan ataupun keluaran barang ini, ia berkait rapat dengan eknonomi kita sendiri sejauh mana kita mempunyai volume yang banyak untuk menarik kapal-kapal laut untuk datang ke Negara Brunei Darussalam dan sejauh mana kita dapat mengeluarkan barang-barang itu untuk dieksport.

Salah satu perkara merupakan satu cabaran kepada kita dan kita berhasrat untuk menjadikan Muara Port itu sebagai satu hub terutamanya bagi BIMP-EAGA.

Ini merupakan satu inspirasi yang begitu baik dan realistik memandangkan bahawa hubungan kerjasama antara negara ASEAN dan khususnya negara BIMP-EAGA adalah begitu rapat dan negara-negara BIMP-EAGA pada masa ini berusaha meningkatkan hubungan pengangkutan, perdagangan dan kawasan-kawasan BIMP-EAGA ini untuk ditingkatkan kepada peringkat yang lebih menggalakkan lagi.

Dengan adanya kenyataan ini, munasabah bagi kita untuk memikirkan bahawa Jabatan Pelabuhan Muara mempunyai peranan yang penting untuk memberikan kemudahan perdagangan. Apa yang penting, harus dipastikan sejak beberapa tahun kebelakangan, keadaan import dan eksport kita begitu mendatar keadaannya bukannya semakin meningkat. Ia bergantung pada keadaan ekonomi dalaman di Negara Brunei Darussalam.
Dalam suasana kita menghadapi cabaran-cabaran ekonomi sudah setentunya pengimportan barangan akan menurun. Terjadi penempatan daripada perkhidmatan port ketika ini menurun daripada 100 lebih ribu kontena kepada 96 ribu kontena sahaja dalam setahun. Sedangkan dalam kapasiti, kita boleh menerima kontena sebanyak 220 ribu kontena setahun.

Ini bermakna kita menghadapi satu keadaan apa yang dipanggil over capacity. Over capacity ini diikuti dengan suasana unemployment tinggi dan ini merupakan satu perkara yang membimbangkan. Kita harus berfikiran secara di luar kotak pemikiran, memikirkan dan memahami mengenai sistem perkapalan antarabangsa dan serantau ataupun sistem logistik untuk memastikan bahawa Negara Brunei Darussalam khususnya Port Pulau Muara Besar itu masih relevan.

Dari itu, kita pelajari dari pengalaman negara-negara yang terlibat dalam pengeksportan, seperti China, Jepun, Singapura. Apabila kita mempunyai kerjasama dengan perkhidmatan port seperti beberapa tahun yang lalu nampak adanya transhipment yang semakin naik.

Semasa PSA Singapura kita dapat menerima transhipment sebanyak lebih daripada 30,000 containers dalam setahun merupakan satu pergerakan tetapi sejak itu apabila dipindahkan perkhidmatan kepada syarikat lain transhipment kita menurun.

Perlunya ada satu pemikiran bahawa peranan Jabatan Pelabuhan sebagai regulator harus dibezakan, jangan terlibat sebagai operator. Jabatan Pelabuhan harus memikirkan untuk menghubungkan strategic partnership dengan syarikat-syarikat lain yang didatangkan dari negara yang mempunyai eksport yang besar yang [insya-Allah] akan mendatangkan akses eksport dari negara-negara berkenaan ke Negara Brunei Darussalam.

Makanya, Kementerian Perhubungan seperti yang saya tegaskan tadi Yang Berhormat Pengerusi pada hari Khamis lepas, Kementerian Perhubungan mengalu-alukan pembentukan satu joint venture dengan syarikat dari China.
Memandangkan bahawa negara China adalah merupakan salah sebuah negara eksport yang besar dengan harapan terbuka peluang-peluang lain untuk menjadikan port Negara Brunei Darussalam ini sebagai transhipment point untuk menghantar barang Negara Brunei Darussalam dahulu sebelum dihantar ke tempat lain.

Mengambil advantage dari kapal-kapal yang datang ke Negara Brunei Darussalam penuh tetapi apabila bertolak dari Negara Brunei Darussalam kosong. Ini kenyataan yang harus kita terima.

Adalah penting bagi Negara Brunei Darussalam yang Kementerian Perhubungan memikirkan bahawa memang ada cara lain dan salah satu daripada cara lain ialah untuk membezakan peranan Jabatan Pelabuhan sebagai regulator dengan peranan syarikat sebagai operator untuk memberi perkhidmatan pelabuhan.

Seterusnya untuk merangka strategi ke mana kita dapat meluaskan lagi ataupun memperbesarkan lagi peranan Pelabuhan Muara sebagai transhipment dan juga eksport processing zone.

[Alhamdulilah] satu pelancaran Muara Port Company telah diadakan pada 21 Februari 2017. Seperti yang kaola terangkan dalam satu jangka masa yang pendek belum lagi sampai sebulan ini sudah banyak perubahan yang telah dibuat. Ini menunjukkan syarikat berkenaan mempunyai pengalaman yang banyak mengenai pengurusan kargo. Kita mempunyai beberapa cabaran:

1.    Memandangkan bahawa negara ini attraction dari segi volume itu sedikit. Maka kita harus berfikir secara yang di luar dari apa yang ada pada masa ini;

2.    Kita juga mempunyai geographical contain yang turnaround time bagi kapal untuk datang ke Negara Brunei Darussalam memunggah barang-barang sekarang ini sampai ke 31 jam dari sebuah kapal masuk dan keluar memakan masa sampai 31 jam. Ini merupakan bukan satu masa yang diinginkan oleh pihak-pihak kapal, memandangkan kapal ini kalau ia membuat untung harus terus belayar bukannya berlabuh. Kalau pelabuhan itu memakan masa yang lama kapal-kapal akan kehilangan peluang-peluang untuk perdagangan;

3.    Cabaran arah kita emerging economies di sekeliling Negara Brunei Darussalam ini. Kita berharap agar Muara Port itu sebagai hub tetapi cabarannya tempat-tempat lain emerging. Di tempat-tempat jiran lebih laju progressnya. Tempat-tempat ini juga mempunyai penduduk-penduduk yang besar kapal-kapal besar lebih suka untuk menuju ke sana dari menuju ke tempat kita sendiri;

4.    Sistem Perkapalan Antarabangsa seperti yang pernah kaola katakan. Kapal-kapal ini sudah trained menjadi besar bukannya kapal-kapal yang digunakan adalah kapal yang besar. Kapal-kapal besar akan menuju ke ekonomi yang pesat.
Kita akan terpencil kalau kita tidak memikirkan satu perkara dengan cepat dan harus menghubungkan Negara Brunei Darussalam ini dengan Sistem Perkapalan Antarabangsa ini. Darussalam Asset mungkin dalam perkara ini akan dapat diterangkan oleh rakan saya yang terlibat dalam perkara ini. Darussalam Asset telah merangka strategi:
i.    Berkait rapat menubuhkan satu Strategic Partnership dengan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menjadikan Pulau Muara itu satu port yang relevan yang dapat diperluaskan; dan

ii.    Mengadakan perkhidmatan perkapalan kita sendiri. Kaola melihat perkhidmatan shipping akan memainkan peranan penting sama ada untuk menghubungkan Muara Port itu kepada Sistem Perkapalan Antarabangsa atau memberi perkhidmatan-perkhidmatan feeder services.

Seperti yang kaola terangkan dalam jangka masa yang belum sampai sebulan ini sudah banyak perubahan dari segi facilities (kemudahan) ataupun crane services sudah diperbaiki dan waktu-waktu memunggah barang-barang sudah pun menjadi pendek.

Sebagai contoh vessel time at berth, waktu kapal itu berlabuh sudah turun dari 16 jam kepada 13 jam. Pemunggahan on-time dari 1 jam turun kepada 35 minit. Pergerakan cranes dari 26 moves setiap 1 jam meningkat kepada 26.5 pergerakan setiap 1 jam. Ini perubahan-perubahan yang menggalakkan, dengan adanya perubahan ini kapal-kapal dari negara lain sudah mula memikirkannya. Di Brunei laju sudah tu, you can go there baru ke Kota Kinabalu dan sebagainya.

Begitu juga dengan tujuan membesarkan lagi berthing area iaitu tempat pelabuhan yang akan dimasukkan dalam projek pembangunan yang sudah diperuntukkan kira-kira dalam $50 juta. Ia berhasrat untuk meluaskan lagi pelabuhan itu dengan harapan pelabur-pelabur asing dari negara-negara lain mempunyai keinginan untuk membuat perancangan yang membawa keuntungan kepada syarikat berkenaan.

Inilah tujuan yang sebenarnya. Barangkali mudah-mudahan akan dapat menjawab soalan pertama yang diajukan oleh Yang Berhormat.
Sebelum kaola menjawab 3 soalan tambahan yang diutarakan oleh Yang Berhormat, ingin kaola menambah cadangan kaola yang tidak lengkap tadi yang menyentuh mengenai peluang pekerjaan dari penswastaan Pelabuhan Muara.

Sebelum kaola menerangkan mengenai peluang-peluang pekerjaan ini, kitani harus faham industri maritim ataupun perkhidmatan pelabuhan adalah merupakan satu perusahaan yang signikal, yang bermaksud signikal bermakna suasana dalam keadaan ekonomi yang baik dan peluang pekerjaan itu akan bertambah.

Apabila suasana itu berubah terutamanya apabila suasana itu di luar dari jangkauan kitani sebagai contoh seperti juga menurunnya harga minyak dan gas. Jadinya, akan timbul keperluan tenaga pekerjaan itu akan berkurangan,dalam hal ini kitani harus faham akan the nature of business ia signikal, ada masa naik dan ada masanya turun.

Dalam usaha kitani menyediakan pekerjaan untuk rakyat dan penduduk di negara ini, kitani harus faham di peringkat mana yang kita mahukan bagi rakyat di Negara Brunei Darussalam mengambil alih pekerjaan tersebut.

Di negara lain apa yang berlaku, sandaran kepada pekerja-pekerja asing itu masih tinggi malahan memudahkan mereka bila mana suasana keadaan ekonomi itu berkurangan, dikurangkan sahaja pekerja-pekerja asing itu dan pekerja-pekerja tempatan masih tetap menetap di tempat yang lebih permanent.

Inilah yang kitani harapkan dan semoga pekerjaan yang disediakan untuk anak-anak tempatan adalah pekerjaan yang tetap dan apa pun suasana keadaan ekonomi negara kita nanti yang akan menjejaskan perindustrian maritim. Ini merupakan di peringkat pengurusan, teknikal dan sebagainya.

[Alhamdulilah] dengan adanya pembentukan Aman Shipping dan Muara Corporation, ini akan memberi peluang pekerjaan lagi kepada anak-anak tempatan dan dalam keadaan kitani memerlukan tenaga untuk memastikan operasi Aman Shipping dan Pelabuhan Muara akan berjalan seperti sediakala dan kitani juga memerlukan proses latihan dan sebagainya. Maka, lebih ramai lagi pekerja yang diperlukan untuk memenuhi hasrat Darussalam Asset bagi melaksanakan pemberian perkhidmatan Pelabuhan Muara. Mudah-mudahan akan memberikan peluang lagi pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017
​Perbentukan satu joint venture diantara Beibu Gulf International, China dan Darussalam Assets (DA) telah berlangsung yang dipanggil Muara Port Company Sendirian Berhad (MPC).  Pengambilalihan Terminal Kontena Muara (TKM) oleh MPC telah bermula pada 21 Februari 2017.

MPC mempunyai perancangan-perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dari menaiktaraf Pelabuhan Muara, pemulihan dan peningkatan dari segi prestasi dan kualiti perkhidmatan, pembesaran TKM dan terminal konvensional, pembesaran Pelabuhan Muara hingga pembuatan sebuah terminal Pelabuhan baru di Pulau Muara Besar adalah beberapa projek yang bakal dilaksanakan.

Dengan pulihnya dan meningkatnya kualiti perkhidmatan dan prestasi dalam pengendalian kapal dan pemunggahan kargo/kontena, Pelabuhan Muara akan menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing yang mana ianya boleh menyumbang kepada pertumbuhan industri dan perekonomian negara melalui import dan eksport serta transshipment. Pertumbuhan shipping network juga dijangka akan berkembang dengan adanya sebuah Pelabuhan yang efisyen dalam pemberian perkhidmatan.

Pembelian jentera-jentera angkat susun yang baru juga telah dilaksana dan telah sampai pada bulan Julai 2017 dan digunakan pada bulan Ogos 2017.

Perlaksanaan pengoperasian pemunggahan kapal kontena dengan menggunakan 2 buah Quay Crane jua telah dibuat demi untuk mempercepat dan melicinkan operasi dan sekaligus mengurangkan waktu bertambat (port stay) bagi sesebuah kapal kontena.

Penempatan 13 orang pakar dari Beibu juga membantu dalam mengongsikan pengalaman dan knowledge sharing kepada tenaga kerja tempatan di TKM. Ini adalah penting dalam memastikan perkembangan kapasiti dan kemampuan serta kemahiran mereka.

Dari bulan Februari hingga bulan Julai, prestasi TKM adalah seperti berikut:-

o    Vessel Turnaround dari 16.5 ke 12.4jam.

o    Haulier Turnaround Time dari 60minit keatas kepada 28minit.

o    QC Movement meningkat dari 20 kontena sejam kepada 22 kontena sejam.

Dari segi dokumentasi, MPC telah menyediakan satu alternative dalam proses permohonan pengeluaran kontena (taken out) melalui email. Ini mengurangkan queuing time dan processing time di kaunter TKM. Permohonan pada masa ini boleh dibuat lebih awal dari pejabat masing-masing.

Bagi sistem pembayaran, pihak MPC telah menyediakan beberapa option bagi setiap pengeluaran kontena dari TKM seperti bank transfer, bank in cash dan cheque. Ini adalah bagi kemudahan pihak pengeluar kontena dengan cepat dan efisyen.

Untuk meningkatkan prestasi TKM dan mendokong lagi usaha membaiki kedudukan Ease of Doing Business (EODB), perkhidmatan pemunggahan telah ditempatkan di ICD MUARA.