Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU2PORTS17

ISU: Kawasan jalan masuk dan keluar feri terminal Muara


- Soalan Yang Berhormat -

“Mengenai perhentian Dermaga Feri Terminal Muara. Memindahkan kawasan Dermaga Feri Terminal Muara atau membisaikan kawasan jalan masuk dan keluar, seperti halnya kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Berakas sebagaimana semua maklum Dermaga Feri Terminal Muara adalah satu pintu keluar masuk bagi pelancong ke negara ini.

Ia melambangkan imej negara. Apa yang terdapat pada masa ini bangunan tesebut masih belum memuaskan kepada pelancong-pelancong, apatah lagi kepada anak-anak tempatan kitani. Kaola ingin mengajukan apakah perancangan Kementerian Perhubungan dan sejauh ini melihat kepada bangunan tersebut tidak seperti bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei?

Kita melihat jalan masuk dan keluar oleh pelancong-pelancong dari luar negara melalui darat terdapat jalan yang berlubang-lubang (berlopak) yang menyusahkan pengguna jalan raya yang melalui jalan itu”.
 
- Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Terima kasih atas cadangan Yang berhormat mengenai feri terminal. [Alhamdulilah] dari segi pemikiran Yang Berhormat adalah sama dengan Kementerian Perhubungan, sebab apa yang kitani harus fahami feri terminal adalah tempat kemasukan Negara Brunei Darussalam yang berlakunya international transport system. [Insya-Allah], mudah-mudahan satu masa, apabila penumpang yang datang dari Labuan ke Negara Brunei Darussalam, tiket yang digunakan untuk membayar feri itu dapat juga digunakan untuk membayar bas ke Bandar Seri Begawan. Bermakna ada 2 modul iaitu water transportation and land transportation.

Jadinya, konsepnya itu akan diubah dan dengan demikian [Insya-Allah] ferry terminal akan menjalani beberapa proses pengubahsuaiannya untuk memberikan kemudahan-kemudahan seperti perhentian bas dan juga perhenti teksi.  [Alhamdulilah] teksi sudah mula beroperasi dan mudah-mudahan the idea of interconnectivity dan juga multi-model transport system ini dapat direalisasikan dengan mengadakan sistem pengangkutan yang seamless iaitu dari pengangkutan laut ke pengangkutan darat.

Hanya yang kitani harapkan macam juga di beberapa tempat di Bandar Seri Begawan, semua yang menggunakan bot dari Daerah Temburong ataupun mana-mana tempat akan menggunakan sistem yang sama untuk menggunakan pengangkutan bas di Bandar Seri Begawan. Itulah harapan Kementerian Perhubungan dalam usaha untuk mempertingkatkan Land Transport System di Bandar Seri Begawan.

Bermakna tempat-tempat ini akan menjalani proses-proses untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai ataupun penumpang-penumpang yang akan menggunakan sistem transport berkenaan.

Mengenai jalan raya yang rosak di tempat keluar masuk, perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk memberi perhatian sewajarnya. Abis kaola maklum ia merupakan satu cabaran yang besar dalam memastikan trucks ataupun jentera berat membawa muatan yang berat mematuhi peraturan-peraturan jangan ada yang melimpasi had muatan dibawa dari Pelabuhan Muara ke tempat yang dituju. Ini bukan sahaja di kawasan di Jalan Muara juga di tempat-tempat lain kitani melihat keadaan ini menjejaskan jalan raya di Negara Brunei Darussalam.

Perkara ini sudah dibincangkan dengan pihak Pelabuhan Muara bahawa salah satu cadangan ialah untuk mengadakan sistem timbangan seperti yang ada di tempat pengangkutan batu ataupun aggregate di Muara. Semua trucks yang akan meninggalkan tempat itu, akan lebih dahulu ditimbang dan tidak melebihi jangka berat yang ditetapkan.

Mudah-mudahan dengan perundingan bersama pihak Pengurus Pelabuhan Muara juga menimbangkan bagaimana caranya untuk memastikan bahawa kenderaan-kenderaan tersebut tidak melebihi muatan yang ditetapkan.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017
​Berkaitan keadaan jalan raya yang rosak, Jabatan Pelabuhan menerima makluman bahawa perkara ini adalah dibawah DARE dan bukannya pihak JKR.  Sehubungan ini, Jabatan ini akan menyusul perkara ini kepada pihak DARE.

Selain itu, Syarikat New Temburong Quarry juga ada membuat kerja-kerja membaikpulih jalan raya berkenaan untuk sementara.

Berkaitan Sistem timbangan, di dalam Kontrak bersama operator pendaratan batu Serasa, timbangan perlu disediakan dan operator sudahpun menggunakan Timbangan untuk mengetahui jumlah berat dan kuantiti batu yang di import. Cuma perlu sentiasa dikawal supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak JPD iaitu tidak melebihi 8 tan/axle

Perancangan Terminal Feri:
Jabatan Pelabuhan mempunyai perancangan bagi menaiktaraf kawasan luar departure dan arrival hall serta ticket counter bagi meningkatkan keselesaan pengguna / penumpang.  Jabatan sedang dalam proses bagi pengeluaran Dokumen Tawaran bagi projek tersebut..