Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU2POST17

ISU: Perjanjian Pos Laju


- Soalan Yang Berhormat -

“Setakat ini berapa buah negara yang mempunyai perjanjian pos laju dengan Negara Brunei Darussalam? Bagaimanakah dengan perkhidmatan ini? Adakah mendatangkan keuntungan atau meningkatkan kos operasi?”

- Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai Jabatan Perkhidmatan Pos Laju. Sebenarnya Jabatan Perkhidmatan Pos Laju di Negara Brunei Darussalam kita mengikut kehendak ataupun persetujuan di bawah Universal Postal Union (UPU) iaitu penghantaran surat ini ada perjanjian berapa kita hantar ke luar, apa kita dapat apabila kita menghantar persuratan dan bungkusan itu dan juga bungkusan yang kita terima dalam negara ini ada sudah kuotanya dan ini melibatkan semua ahli negara UPU. Pendapatan itu kita ambil daripada perkiraan dari UPU, berapa yang sudah dikeluarkan di Negara Brunei Darussalam, berapa yang diterima dan perkiraannya seperti input dan eksport juga.

Jadinya ia tidak berasaskan kepada billateral arrangement tetapi ia berasaskan kepada multilateral arrangement di bawah Universal Postal Union (UPU). Di sanalah kita mendapatkan perkhidmatan itu.

Sebenarnya kuota yang diberi untuk Negara Brunei Darussalam adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang dapat kita buat dari seri penghantaran dan penerimaan surat sehinggakan ada negara-negara yang kita beri kuota itu untuk mereka menghantar persuratan mereka. Mungkin arrangement ini terpaksa direviu memandangkan penghantaran ini menggunakan nama Negara Brunei Darussalam walaupun persuratan itu diedarkan ke negara-negara lain. Tetapi ada kebaikannya kita membenarkan negara lain menggunakan kuota kita sebab pendapatan itu juga dikongsikan dengan Negara Brunei Darussalam.

Itu saja yang ingin kaola terangkan Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017
​Setakat ini,  Jabatan Perkhidmatan Pos telah meningkatkan perkhidmatan EMS ini dengan menandatangani perjanjian multilateral dengan 182 negara ahli EMS Cooperative iaitu ahli-ahli negara Kesatuan Pos Sedunia (Universal Postal Union – UPU) yang bertujuan untuk mengujudkan terma dan syarat (Standard Operation Procedure) bagi mengawal perkhidmatan pertukaran barangan EMS antara pentadbir-pentadbir pos yang menandatanganinya

Antara kelebihannya adalah kawalan perlindungan operasi lebih sempurna seperti:
o    Pertukaran electronic data interchange (EDI) bagi berkongsi maklumat mengenai perjalanan mel iaitu “International Tracking System”;
o    Akauntabiliti bagi kerugian dan kerosakan;
o    Barangan tegahan dan perlindungan barangan EMS;
o    Penetapan kadar bayaran bagi EMS Imbalance dan tuntutan pembayaran;
o    Kualiti perkhidmatan EMS mengikut piawaian termasuk pengendalian perkhidmatan pelanggan;

Pada tahun 2015, Negara Brunei Darussalam menghantar (expot) barangan EMS ke 21 negara destinasi dengan jumlah barangan EMS sebanyak 9,117 sahaja, seperti Australia, Canada, China, Dubai UAE, France, Germany, Great Britain, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Netherland, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, United States dan Vietnam.

Kebanyakan barang EMS diterima (impot) oleh Negara Brunei Darussalam, pada tahun 2015 adalah daripada 41 negara ahli EMS dengan jumlah sebanyak 44,396 iaitu Australia, Belgium, Brazil, Cambodia, Dubai, Egypt, Finland, Ghana, Great Britain, Hong Kong, India, Indonesia, Ireland, Italy, Jepun, Jordan, Korea, Laos, Malaysia, Maldives, Nepal, Netherland, New Zealand, Oman, Filipina, Singapura, South Africa, Sri Lanka, Taiwan, Tanzania, Thailand, United States, Belarus, Ukraine, Poland, Vanuatu, Turkey, Sweden, Pakistan, Nigeria dan Mexico.

Kutipan hasil yang diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Pos dari caj perkhidmatan penghantaran yang diberikan oleh negara-negara terlibat bagi perkhidmatan EMS SpeedPost (Antarabangsa) sahaja menunjukkan “fluctuate trend” iaitu:

o    Peningkatan 27% iaitu pada tahun 2013, kutipan sebanyak $415,611.72 dan pada tahun 2014 sebanyak $529,711.68, dan menurun 7% pada tahun 2015 ($490,957), manakala;
o    Kutipan hasil daripada bayaran pos (postage stamp) bagi penghantaran EMS SpeedPost keluar negeri adalah dalam lingkungan 9% daripada hasil keseluruhan kutipan setem iaitu lebih kurang $250 ke $260 ribu setahun;

Jumlah keseluruhan hasil pendapatan bagi perkhidmatan penghantaran EMS sebanyak $750 ribu ke $760 ribu setahun