Penggunaan basikal ini sedang dipertimbangkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat mengenai keperluan infrastruktur dan sebagainya, terutama dalam suasana Jabatan Pengangkutan Darat sedang sibuk menimbangkan infrastruktur keperluan laluan bas dan sebagainya. Ini harus difikirkan secara komprehensif.
Walau bagaimanapun, mana-mana pihak yang ingin menggunakan basikal untuk menuju ke tempat bekerja, silakan tetapi hendaklah mengambil atau mengetahui sedikit sebanyak mengenai peraturan lalu lintas di negara ini dan kemudahan-kemudahan untuk berbasikal belum banyak yang disediakan dan harus diambil pertimbangan mengenai perkara itu.
Cadangan untuk menggunakan basikal [Insya-Allah] perkara itu tidak ditegah, mana-mana pihak ingin menggunakan basikal terserah kepada pihak berkenaan walau bagaimanapun, harus memahami mengenai dengan keselamatan jalan raya dan memandangkan jalan raya yang ada di negara ini belum menumpukan kepada aspek keselamatan berbasikal di negara ini [Insya-Allah] perkara ini sedang dipertimbangkan selaras dengan keperluan untuk menyediakan loronglorong khusus untuk pengangkutan bas.