Peraturan ini dinyatakan dalam Peraturan Lalu Lintas Negara Brunei Darussalam bahawa setiap yang sudah mencapai umur 70 tahun hanya akan diberikan lesen memandu kalau pendapat Pegawai Melesen bahawa pemandu berkenaan masih dalam keadaan sehat wal’afiat. Walau bagaimanapun, lesen yang akan diberikan itu hanya untuk 1 tahun sahaja dan pemandu berkenaan dikehendaki untuk membaharui lesen berkenaan setiap tahun.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya tujuan peraturan ini dimasukkan dalam akta adalah untuk menjaga keselamatan pemandu berkenaan. Perkara ini sudah abiskaola pertimbangkan, tunduki bagaimana caranya untuk memperbaiki keadaan tersebut dengan mengambil kira tahap kesihatan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Khususnya yang berhubung dengan life expectancy dan secara informal pun kaola ada berunding dengan rakan sejawatan kaola berhubung dengan kesihatan mengenai perkara ini. Tetapi dari segi statistiknya Yang Berhormat Pengerusi mengenai permohon-pemohon dan keramaian orang yang ditolak untuk memandu, ada sesetengah daerah bahawa penolakan itu ratenya adalah agak tinggi. di Daerah Brunei Muara, penolakan itu ada 2 ke 3 orang sahaja yang seperti tidak layak untuk diberikan lesen berkenaan. Tetapi ini berhubung dengan consciousness ataupun awareness mengenai safety dalam kawasan setempat itu.
Makanya jumlahnya itu besar. Ada sesetengah keluarga itu sendiri berjumpa ke Jabatan Pengangkutan Darat meminta supaya pemandu berkenaan tidak perlu diberikan lesen demi menjaga keselamatan.
Pada keseluruhannya [Alhamdulilah] jumlahnya masih rendah kalau dibandingkan dengan keramaian orang yang memohon memandu. Makanya abiskaola fikirkan sudah tiba masanya untuk dipertimbangkan semula ataupun dinaikkan umur itu kepada 1 atau 2 tahun. Walau bagaimanapun, harus juga dirujuk kepada tahap kesihatan penduduk dan rakyat di negara ini dan mungkin perkara itu rakan sejawatan kaola dapat memberikan pencerahan mengenai perkara itu sedikit.