Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU13LTD17

ISU: Aduan MTLA


- Soalan Yang Berhormat -

“Kaola ingin tanyakan ialah kadang-kadang semasa memandu kitani terpandang di bahagian belakang bas atau truck ada bertulis aduan MTLA.

Kaola ingin mengetahui apakah bendanya perkara ini walaupun kaola ada memahami perkataan aduan, kemungkinan orang ramai yang mengikut di belakang apabila melihat kenderaan di hadapannya itu memandu secara tidak betul mungkin boleh mengadukan ke pihak berkenaan kerana disimpan juga di belakang itu nombor telefon MTLA ini dan kaola juga ingin penjelasan sejauh manakah perkara ini diambil tindakan? Adakah sudah sambutan daripada orang ramai mengenai perkara ini? Mereka selama ini tidak tahu di mana tempat mengadukannya.”

-Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai aduan MTLA yang terlekat di kenderaan-kenderaan besar khususnya. Kenderaan-kenderaan ini adalah diluluskan oleh satu autoriti yang dipanggil Motor Transfer Land and Authority. Pengeluaran dan pelesenannya sebelum ia didaftarkan lebih dahulu diberikan kebenaran oleh pihak MTLA. Mengenai sejauh mana perkara ini sudah berkesan akan kaola mohonkan dari jabatan yang berkenaan. 
Walau bagaimanapun, tujuan untuk mengadakan pelekat itu adalah untuk kemudahan orang ramai membuat aduan mengenai “kalibat” atau perangai pemandu yang melanggar peraturan jalan raya dan boleh juga dibuat aduan jika kenderaan tersebut keluar asap hitam yang mengeluarkan carbon emission yang di luar daripada had-had yang ditentukan. Perkara itu boleh dilaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Darat melalui nombor talian hotline yang ditentukan iaitu 7292017.

Jadinya, apa yang pada pandangan orang ramai bahawa perkara itu di luar dari peraturan yang ditentukan untuk kenderaan berat dan wajib untuk dilaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Darat untuk memastikan keselamatan orang ramai. Setiap laporan ini tidak semestinya menggunakan telefon. 

Jika menggunakan whatsapp pun boleh jua. Itu sahaja yang dapat kaola terangkan dan mengenai keberkesanan itu.

**Berhubung dengan aduan-aduan yang dibuat melalui nombor telefon MTLA 123 ataupun nombor 7292017. 

Mengikut maklumat yang ada, sebanyak 253 aduan diterima melalui nombor telefon 123 sepanjang tahun 2016 sahaja dan diambil tindakan semuanya. 50% aduan adalah cuai memandu, 30% trak yang membawa lebih muatan, 5% meletak kereta tidak menentu, 15% lampu brek tidak berfungsi, plat pendaftaran tidak terang dan sebagainya. 

Manakala, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Darat melalui nombor telefon 7292017 menerima sebanyak 313 aduan yang menggunakan whatsapp sejak tahun 2016 hingga sekarang. 60% daripada aduan ialah kenderaan yang mengeluarkan lebih asap, 20% plat pendaftaran kabur dan 20% “kenderaan sapu”. 



- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Seperti yang diterangkan oleh YB Dato Menteri Perhubungan.

Statistik dan tindakan yang dikongsikan juga menunjukkan tindakan memang diambil melalui aduan orang ramai di talian MTLA 123 dan juga kaedah tambahan JPD melalui 7292017 yang memang menampakkan kesan.