Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU14LTD17

ISU: Kesesakan jalan raya pada waktu peak hour


- Soalan Yang Berhormat -

“Kesesakan jalan raya pada waktu peak hours sering berlaku di mana-mana. Ini disebabkan oleh adanya sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan gedung-gedung perniagaan berdekatan dengan main road. Di beberapa buah negara maju perkara seperti ini sudah tidak dibuat lagi. Kesesakan jalan raya ini sudah terjadi sejak tahun 1980-an. Apatah lagi sekiranya terjadi kemalangan. Kaola kira sudah sampai masanya kita memilih alternatif lain bagi mengurangkan kesesakan jalan raya:- 

1. Membanyakkan pengangkutan awam dan prasarananya seperti tempat menunggu dan turun penumpang dari bas yang selesa.; dan 

2. Pengangkutan melalui sungai direalisasikan.”

-Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin
- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Memang ini merupakan salah satu isu yang difikirkan iaitu perlunya ada alternative transportation di Negara Brunei Darussalam. Ia bukannya sahaja mahal tetapi ketika ini sudah mula menampakkan kesan-kesannya bahawa terdapat kesesakan jalan raya terutamanya di waktu-waktu sekolah.1) Terima kasih jua atas cadangan untuk memperbaiki lagi pengangkutan awam. Mudah-mudahan apa yang dicadangkan dan usaha ketika ini akan tercapai dan dengan sendirinya sistem pengangkutan bas awam yang baharu itu akan dapat mengatasi isu kesesakan jalan raya. 

Walau bagaimanapun, masih banyak perkara yang harus kita fikirkan di sana sebab sistem pengangkutan jalan raya ini bukan sahaja pengangkutan sistem bas connectivity and availability jua tapi ia juga menimbulkan usaha-usaha mengenai undang-undang/peraturan seperti memberi laluan prioriti kepada bas-bas awam, isu infrastruktur pengangkutan bas awam ataupun dedicated land harus diadakan supaya mempercepatkan lagi penghantaran penumpang.

Dari segi isu connectivity, [Insya-Allah] di Daerah Brunei Muara sahaja dari segi coverage tempat-tempat yang penting seperti sekolah, tempat-tempat pekerjaan dan sebagainya.

Di Brunei Muara coverage ataupun liputan dalam lingkungan 600 meter standard yang dipakai adalah 70%. Di sekolah-sekolah, universiti dan institutions 100%, Pusat Tingkatan Enam 100%, sekolah-sekolah menengah 45%, sekolah-sekolah rendah dan agama 65% dan sekolah-sekolah persendirian 71%. 

Mudah-mudahan dengan adanya Sistem Pengangkutan Awam yang efisien ini akan dapat mengatasi isu orang ramai menggunakan kereta persendirian untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah dan lebih cenderung untuk menggunakan Sistem Pengangkutan Awam yang berkesan. 

1) Saya kira barangkali kesesakan jalan raya ataupun traffic jam ini biasanya menjadi satu measurement bagi kemajuan sesebuah bandar ataupun kota. Saya kira barangkali bagi Brunei jauh berbeza kalau dibanding sahaja dengan Kota Kinabalu, jangan Kuala Lumpur tetapi Kota Kinabalu ataupun Kuching, keadaan kita jauh lebih selesa dan lebih baik dibandingkan dengan bandarbandar yang saya sebutkan. Saya kira barangkali we should’nt pay too much attention to soal-soal seperti itu.

Kaola setuju dengan pandangan Yang Berhormat Pengerusi kalau dibandingkan dengan negara lain keadaan kita belumlah seteruk seperti apa yang berlaku di negara-negara jiran. 

Walau bagaimanapun, kita harus mengambil tindakan awal sebelum perkara itu terjadi. Salah satu usaha yang ingin kaola maklumkan di sini ialah mengenai Motor Claim Guidelines ini. Seperti yang kaola nyatakan tadi apabila berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya terjadi dengan mengambil masa yang panjang untuk mencapai ke suatu tujuan. 

Barangkali kesesakan yang timbul apabila adanya kemalangan orang kita ini very curious. Semua ingin melihat apa hal yang terjadi bukan disebabkan seriousness ataupun bagaimana teruknya kemalangan yang berlaku. Kadang-kadang sedikit sahaja tergesel jadi sampai sebatu traffic jam. Sebab orang itu berhenti untuk melihat apa halnya, siapa yang terlibat dan seumpamanya.

Adalah menjadi satu kepentingan bagi kita untuk meleraikan suasana itu secepat yang mungkin. 

Masalahnya, kalau sistem yang ada pada masa ini terpaksa menunggu Anggota Polis datang dahulu baru dileraikan. Dengan adanya sistem baharu ini, Motor Claim Guidelines ini, tidak lagi perlu kereta-kereta yang terlibat itu untuk menunggu Polis datang melainkan ia melibatkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda kerajaan. Kalau sekiranya terlanggar depan dan belakang sahaja boleh fill up the insurance form dan terus jalan tidak lagi payah menunggu. Ini sistem baharu yang mudah-mudahan dapat dilaksanakan dalam sedikit masa lagi.

Atas sokongan dan persetujuan dari pihak insurans khususnya Pertubuhan Insurans di Negara Brunei Darussalam bahawa mereka bersetuju untuk mengadakan satu guidelines ini untuk membolehkan tuntutan-tuntutan itu dibuat tanpa ada laporan-laporan Polis. 

Dengan adanya perkara ini mudahmudahan orang yang curious melihat apa yang berlaku, siapa yang kena, siapa yang terlanggar itu tidak akan lagi terjadi.

2) Penggunaan transport melalui sungai. [Insya-Allah] ini juga perkara yang sedang difikirkan. Kita menggalakkan untuk mengadakan satu domestic class yang membolehkan untuk mengadakan transport pengangkutan orang ramai yang menepati piawaian yang akan disediakan oleh pihak Jabatan Laut. 

Ini salah satu usaha yang akan diusahakan lagi Yang Berhormat Pengerusi bagi negara ini mengadakan lagi domestic plan khasnya sendiri bagi membolehkan kapal-kapal berukuran lebih besar dari yang ada sekarang ini dan digunakan untuk muatan yang lebih besar dan juga penumpangpenumpang yang lebih besar digunakan sebagai mode of transportation. Ini bergantung kepada keadaan tempat itu yang boleh dijadikan sebagai tempat persinggahan kalau kebetulan ada sekolah mempunyai fasiliti yang boleh dapat dibuat [Insya-Allah] itu dapat diusahakan dengan menggunakan PPP tambahan.



- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Peningkatan sistem Pengangkutan awam negara yang berkesan adalah sedang proses perancangan dan pelaksanaan tindakan-tindakan yang rapi sebelum pelancarannya seawalnya pada pertengahan tahun 2018.

Dengan adanya nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas dengan menarik pengguna kenderaan persendirian untuk menggunakan bas awam yang berkesan dan menarik. 

Prasarananya juga sedang dalam proses ditawarkan untuk dibangunkan oleh pihak sektor swasta dan kesalinghubungannya akan jua mengambilkira laluan pengankutan melalui sungai seperti contoh penumpang turun dan naik dikiulap akan dapat juga mengambil bas untuk bergerak ke destinasi yang dituju.