Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU15LTD17

ISU: Perkhidmatan teksi


- Soalan Yang Berhormat -

1. “Perkhidmatan Teksi. Dalam mukadimah yang disampaikan, sasaran jumlah teksi akan dinaikkan kepada 200 buah teksi. Adakah dalam perancangan Yang Berhormat Menteri Perhubungan untuk mempelbagaikan jenis teksi yang ada pada masa ini? Misalannya dari segi keselesaannya, muatan untuk membawa barang, keselesaannya untuk menjadikan teksi sebagai van seperti yang kita lihat di negaranegara lain;

2. Pemberian lesen teksi. Adakah ia hanya diberikan kepada perseorangan ataupun dilaratkan kepada syarikat-syarikat yang ingin menceburi dalam bidang teksi kerana perkara ini telah pernah dibuat apabila dikenalkan pada satu ketika dahulu iaitu dipanggil Purple Taxi atau CTS yang mengenakan bayaran hanya sebanyak $3.00 dalam satu perjalanan tidak mengira jumlah passenger tidak melebihi 4 orang dalam lingkungan 5km. Adalah diharapkan jika franchise atau kontrak diberikan yang telah mengikut perjanjian dan tidak mengambil kira tidak merugikan kepada syarikat yang terlibat;”

3. Masalah teksi yang sering mengenakan sewa yang berlebih-lebihan. Baru-baru ini juga terdapat keluhan daripada pelancong yang teksi mengenakan bayaran dalam perjalanan yang dekat dari $30.00 ke $40.00, manakala meternya ditutup dengan kain Yang Berhormat Pengerusi; dan

4. Kemudian masalah mengenai teksi ini ialah “teksi sapu” yang semakin berleluasa dan apa yang mendukacitakan teksi sapu” ini ada yang dikendalikan oleh orang asing.”

-Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad


- Jawapan Menteri Perhubungan - 

1. Ketika ini pelesenan teksi diselanggarakan oleh MTLA (Multi Transport License Authority) yang akan menimbangkan kesesuaian sesuatu kenderaan itu untuk dijadikan teksi untuk memenuhi keperluan orang ramai dan pelanggan. 

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) mengambil maklum bahawa sudah banyak jenis kenderaan mewah yang telah dicipta dan direka bentuk seperti multi purpose vehicle yang digunakan di tempat lain sebagai teksi yang dapat membawa muatan yang banyak. Ini bermakna ia bergantung pada apa jenis kenderaan itu sendiri sama ada ia layak atau sebaliknya untuk dijadikan teksi.
Maka, perkara itu dapatlah dihadapkan kepada pihak MTLA untuk menimbangkan kesesuaian tersebut. Kaola sendiri tidak dapat memberi keputusan secara menyeluruh bahawa sama ada sesuatu kenderaan itu boleh atau tidak. 

2. Ketika ini, JPD telah memperkenalkan multitier license. Tujuan untuk multitier license ini untuk meluaskan lagi peluang perniagaan kepada pemandu-pemandu teksi memandangkan pasaran yang terlalu kecil. Teksi-teksi sekarang ini didaftarkan ataupun diberi lesen terutama sebagai perkhidmatan teksi. Ia juga diberikan lesen atau perkhidmatan limousine service dan teksi yang sama juga diberikan kebenaran untuk perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri. 

Walau bagaimanapun, ada tatacara dan aturannya apabila kenderaan berkenaan digunakan sebagai teksi, mesti ada tanda “teksi” untuk memudahkan pihak penguatkuasaan undang-undang melaksanakan tugas mereka.

Mengenai business model untuk memberikan perkhidmatan teksi yang banyak ketika ini seperti yang diketahui ialah teksi-teksi persendirian. Seperti yang dialami sendiri oleh Yang Berhormat, mana-mana syarikat yang ingin mengadakan syarikat perkhidmatan teksi di negara ini juga tidak ditegah, asalkan ia mengikut syarat-syarat yang ditentukan seperti juga yang dikenakan kepada teksi-teksi persendirian dengan erti kata boleh menubuhkan satu syarikat teksi tetapi dengan syarat pemandu dan kenderaan yang digunakan adalah lebih dahulu berdaftar kepada JPD. 

Perlu juga ditegaskan bahawa pemandu-pemandu teksi yang berhajat untuk memberikan perkhidmatan teksi di negara ini hendaklah terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sahaja. 

3. Mengenai masalah teksiteksi yang tidak menunjukkan meter, mengenakan bayaran tinggi. Perkara ini dari segi pemantauan susah untuk dilaksanakan. Tapi perkara ini memang diakui terjadi.  Apabila perkara ini terjadi, apa yang abis kaola pohonkan adalah pihak orang ramai untuk melaporkan terus kepada pihak-pihak yang berkenaan. Barangkali tidak perlu untuk dibawa ke peringkat permesyuaratan negara, tetapi perkara ini harus disampaikan ke pihak-pihak yang berkenaan.  Kalau yang berkaitan dengan teksi, dilaporkan kepada JPD dan setiap teksi dikehendaki untuk memaparkan nama pemandu dan juga nombor telefon untuk membuat aduan. 

4. Berhubung “teksi sapu” yang berleluasa di negara ini memang perkara ini diakui. Salah satu sebab mengapa “teksi sapu” ini laris dan cukup popular, memandangkan bahawa sistem perkhidmatan bas bukan sahaja perkhidmatan teksi seperti orang ramai beranggapan, sistem perkhidmatan bas tidak begitu efisien maka mereka memilih untuk menggunakan “teksi sapu”.   Sedangkan harga yang ditawarkan untuk “teksi sapu” itu jauh lebih murah dari harga menggunakan teksi lebih mirip kepada harga menggunakan bas makanya “teksi sapu” ini lebih mudah terutamanya bagi orang-orang dari luar negara. 

Mengikut operasi yang dilaksanakan oleh JPD dalam bulan Februari 2017 sahaja telah menangkap dan mengkompaun 9 orang pemandu iaitu tambahan kepada 5 orang yang telah dikompaun sebelum 5 Februari. Dari 9 orang itu 4 orang adalah orang tempatan dan 5 orang adalah warga asing dan semua maklumat warga asing ini telah dihadapkan ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. 

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat



​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Jenis kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan teksi boleh dipertimbangkan dari segi model dan muatannya. Sebagai langkah untuk memastikan kenderaan itu selesa, ia mestilah berumur tidak lebih dari 7 tahun dari ia mula didaftarkan, tidak lebih dari 9 seater dan mestilah lulus ujian kelayakan di JPD serta kemas dan bersih dari segi keterampilan kenderaan berkenaan.

Perkhidmatan teksi dilesenkan melalui multi-tier licence yang membolehkan pelbagai perkhidmatan dari lesen berkenaan.  Ini termasuk perkhidmatan teksi bermeter, limosin dan Kereta Sewa Pandu Sendiri.

Perkara ini adalah seperti yang dijalankan pada masa ini. 


Pada masa ini terdapat 60 pengusaha teksi yang majoritinya adalah pengusaha perseorangan dan 2 syarikat yang telah lama berdaftar dari dulu.  

Walaubagaimanapun syarikat ini tidak aktif dalam memperkembangkan syarikatnya dan permitnya hanya digunakan oleh pemandu yang berlesen. 

Dalam usaha memperkembangkan sistem teksi, memang dialu-alukan bagi syarikat lain untuk mengikuti berdasarkan dasar yang sediaada. 

Penguatkuasaan teksi sapu dijalankan secara berterusan. Setakat bulan Julai 2017, 10 telah dikompaun sejak penguatkuasaan Aturan-Aturan 2016 dan mereka ini diambil tindakan-tindakan lain yang berkaitan.

Dengan adanya sistem teksi bermeter, isu mengenakan sewa berlebihan tidak akan timbul.