Mengenai kesan bas awam terhadap kenderaan persendirian. Kaola berlainan pendapat sedikit dan ingin mengongsikan kajian yang dibuat oleh American Bus Transportation System yang menunjukkan bahawa sebanyak 40% penumpang bas di Amerika adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kereta dan 20% adalah lebih mempunyai 2 buah kereta.
Dan juga jika dilihat mengikut pengalaman dari negara-negara jiran yang sistem pengangkutan awamnya lebih efisien hampir setiap ke-20 meter ke-30 meter ada access to public transportation masih mempunyai kereta persendirian yang banyak sehinggakan harga jualan kereta berkenaan dinaikkan ke tahap yang jauh lebih tinggi kalau dibandingkan dengan Negara Brunei Darussalam.
Maka dengan itu, dengan pengenalan sistem bas pengangkutan awam ini tidak semestinya akan menjejaskan perniagaan kereta persendirian di negara ini. Kalau dilihat dari apa yang berlaku di tempat lain.
Mengenai kajian yang dilaksanakan, pengguna-pengguna bas Bahagian Pengangkutan di Kementerian Perhubungan, sebelum Kementerian Perhubungan mengambil keputusan untuk melancarkan projek ini sudah melaksanakan kajiannya. Dari kajian itu menunjukkan bahawa keperluan untuk mengadakan alternative transportation ini ternyata sekali khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan perbincangan bersama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pegawai-pegawai dari kedua-dua buah kementerian telah berunding mengenai masalah kemiskinan di negara ini, bahawa sejumlah besar daripada pendapatan itu dibelanjakan kepada pengangkutan persendirian. Ini yang menimbulkan masalah sosial, masalah perbelanjaan rumah tangga di negara ini iaitu sebahagian besar daripada pendapatan itu dibelanjakan kepada keperluan-keperluan pengangkutan;
1. Mengenai pengangguran. Ternyata sekali mana-mana orang yang ingin mencari pekerjaan adalah menjadi satu syarat bahawa mereka harus mempunyai kenderaan. Ini lagi menimbulkan kesusahan dalam mencari pekerjaan. Maka menimbulkan keperluan harus ada alternative transportation yang efisien, yang berkesan yang mempunyai connectivity;
2. Penuntut-penuntut di pengajian tinggi seperti di universiti dan sebagainya memerlukan transportation untuk berjalan ke tempat lain dan berjalan dari kampus-kampus unversiti. Dengan keadaannya sekarang mereka lebih tertumpu di institusi berkenaan tanpa ada keupayaan untuk ke mana-mana untuk membuat kajian dan sebagainya.
Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi. Ada persoalan mengenai penglibatan foreign direct investment dan juga GLC dalam pengendalian bas awam ini. Projek ini telah pun ditenderkan dan perkara ini sedang dalam proses penilaian.
Dalam proses tender ini ada beberapa buah syarikat dari luar negara turut serta dan menunjukkan minat untuk memberikan/menghulurkan Perkhidmatan bas di negara ini. Cuma business modal mereka itu terserah, mungkin ada yang ingin menawarkan 100% modal dan mungkin ada dalam bentuk PPP dan sebagainya. Itu masih terbuka dan bergantung pada cadangan tender tersebut.