Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU17LTD17

ISU: Permasalahan grading bengkel-bengkel (workshop)


- Soalan Yang Berhormat -

“Ada satu lagi mengenai permasalahan bengkel-bengkel ataupun workshop yang pada masa ini kaola rasakan masih tidak dikawal. Kalau tidak silap, Jabatan Pengangkutan Darat ada membuat satu grading atas bengkel-bengkel kereta yang ada di negara ini, pertanyaannya adakah masih dikuatkuasakan?

Mengenai bengkel-bengkel sekarang ini yang berleluasa yang kekadang menggunakan kawasan kedai-kedai atau bangunan kedai dan kawasan perumahan yang menyebabkan keadaan bising kepada orang-orang kitani. Maka perkara ini barangkali melibatkan agensiagensi lain supaya perkara ini akan diambil perhatian. 
Adakah masih grading ini berjalan dan diharapkan pengawalan bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh orang-orang ramai mengenai kebisingan dan sebagainya disebabkan bengkel yang tidak berlesen ataupun tidak sesuai dengan tempatnya akan diambil tindakan.”

-Yang Berhormat 


- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai woksyop yang bising, kotor dan sebagainya. Perkara ini dari segi pemantauan susah untuk dilaksanakan. Tapi perkara ini memang diakui terjadi.

Apabila perkara ini terjadi, apa yang abis kaola pohonkan adalah pihak orang ramai untuk melaporkan terus kepada pihak-pihak yang berkenaan. Barangkali tidak perlu untuk dibawa ke peringkat permesyuaratan negara, tetapi perkara ini harus disampaikan ke pihak-pihak yang berkenaan.

Woksyop-woksyop yang bising, kotor dan sebagainya, perkara ini harus dilaporkan kepada pihak-pihak yang berwajib. Tidak perlu kitani bincangkan dari segi apa dasarnya kitani, pemantauan kitani, sebab perkara ini kadang-kadang hari ini baik ia, esok indatah baik. Pihak abis kaola berharap kepada maklumat daripada orang ramai memastikan bahawa segala peraturan ini dipatuhi.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat


​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Klasifikasi bengkel kereta diNegara ini adalah dibuat secara pentadbiran sahaja oleh JPD iaitu dalam memperkenalkan salah satu syarat kepada syarat-syarat sebagai pengedar kenderaan yang lesen nya dulu dibawah lesen rampaian MIPR. 

Sejak peniadaan lesen rampaian, klasifikasi ini hanya diteruskan oleh JPD bagi pengedar kenderaan yang ada kaitan dengan memenuhi syarat-syarat JPD seperti yang berjalan pada masa ini iaitu pemegang tradeplate dan juga Bengkel class A mereka yang dibenarkan untuk membaut pemeriksaan kenderaan sebagai Vehicle Inspection Station (VIS).

Bengkel kenderaan yang lain yang tidak ada kaitan dengan JPD adalah dibawah kawalselia pihak Industri yang berkenaan.

Seperti yang berjalan pada masa ini bagi bengkel-bengkel kelas A pengedar kenderaan sahaja.