Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU18LTD17

ISU: Penswastaan perkhidmataan pemeriksaan kenderaan


- Soalan Yang Berhormat -

“Penswastaan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang melebihi usianya 7 tahun dan lain-lain. [Alhamdulilah] beberapa kebaikan daripada perkhidmatan ini seperti perkhidmatan yang mudah didapati dan hanya satu tempat sebelumnya hanya di Jabatan Pengangkutan Darat di daerah-daerah dan tidak perlu berbaris lagi.

Soalan kaola, apakah ada terma dan syarat-syarat pemilihan syarikat-syarikat perkhidmatan tersebut di atas seperti sekurang-kurangnya mengutamakan syarikat-syarikat yang dijalankan oleh rakyat Brunei dan sekurang-kurang 50% tenaga kerja rakyat Brunei dalam woksyopwoksyop yang terpilih?”

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Usaha ke atas mengout-source mechanical inspection centre ini sebenarnya bukanlah atas asas pemilihan Kementerian Perhubungan ataupun Jabatan Perdana Menteri. Ia berasaskan kepada penyertaan dari bengkel-bengkel berkenaan. 

Cuma syarat yang ditetapkan ialah bengkel-bengkel berkenaan hendaklah terdiri daripada woksyop atau bengkel yang mempunyai Class ‘A’ yang mempunyai cukup alat kelengkapan dan cukup kemahiran pekerjanya dan layak dilantik untuk menjadi Pegawai Pemeriksa. 

Syarat-syarat pemeriksaan sudah termaktub dalam peraturan Jabatan Pengangkutan Darat dan cuma ia akan dikongsikan supaya satu latihan diadakan kepada bengkel-bengkel berkenaan. 

Harus difahami bahawa untuk melaksanakan pemeriksaan ini sebenarnya kalau akan dikira dari segi belanjawan kerajaan dan untuk mengadakan pegawai-pegawai yang layak untuk membuat pemeriksaan dan kalau dikira dari segi jumlah kereta yang ada di Negara Brunei Darussalam yang semakin meningkat hampir 8% setahun ini, adalah mustahil untuk Jabatan Pengangkutan Darat berupaya untuk membuat pemeriksaan keselruhannya. 

Kadang-kadang apa yang berlaku tahap pemeriksaan itu adakalanya mendukacitakan jua. Masih kita melihat di jalan-jalan raya ini, kereta-kereta yang usulnya tidak layak untuk mendapat road tax itu. Atas asas base on access capacity dengan harapan access on capacity itu diadakan sebagai satu peluang bengkelbengkel ini untuk membuka peluang perdagangan seperti pengubahsuaian, pembaikan dan sebagainya. 

Dipersilakan datang ke bengkel-bengkel yang berkenaan untuk turut serta membantu Jabatan Pengangkutan Darat untuk mengadakan pemeriksaan tanpa mengubah harga-harganya itu, masih ditetapkan dengan harga $5.00 pada masa ini. 

[Alhamdulilah] sejauh ini sebanyak 13 atau 14 buah bengkel telah turut serta program pemberian dalam perkhidmatan pemeriksaan kenderaan ini dan pada keseluruhannya telah dapat mengurangkan bebanan Jabatan Pengangkutan Darat dalam memastikan bahawa setiap kenderaan di Negara Brunei Darussalam selama ini adalah road worthy yang boleh digunakan untuk yang boleh dipakai untuk dipandu di jalan raya.

Road worthiness ini merupakan satu keperluan dalam peraturan jalan raya. Kita amat berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang berkenaan kerana turut serta. Perkara ini masih terbuka kepada mana-mana syarikat sama ada syarikat-syarikat orang Melayu, syarikat-syarikat Brunei yang ada di sini untuk turut serta memberi perkhidmatan berkenaan asalkan harga itu masih ditetapkan kepada harga yang digunakan pada masa ini. 


- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat


​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Syarat-syarat yang ditetapkan adalah bagi stesen pemeriksaan kenderaan yang dibenarkan iaitu VIS dari kalangan bengkel klas A pengedar kenderaan sahaja. Penswastaan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat belum dapat dipertimbangkan kerana dasar pada masa ini ialah menjurus kepada pendedar kenderaan dimana mereka ini lebih arif dan pakar dalam pemeriksaan dan pemuliharaan kenderaan.

Bagi bengkel-bengkel, walaupun sektor ini bukan di bawah seliaan JPD, akan tetapi melalui dialog yang diadakan bersama dengan semua pengusaha bengkel dinegara ini, lebih kurang 1000 peluang pekerjaan yang boleh diambilalih oleh orang tempatan untuk menggantikan pekerja asing.

Setakat ini, JPD belum lagi menetapkan sebarang syarat atau terma bagi VIS-VIS di Negara ini untuk mengambil pekerja tempatan.