Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU19LTD17

ISU: Pengutamaan penyediaan peluang perkerjaan bagi rakyat Brunei


- Soalan Yang Berhormat -

“Apakah usaha pihak kementerian atau Jabatan Pengangkutan Darat bagi penyediaan peluang pekerjaan pada rakyat Brunei seperti memberikan syaratsyarat kepada industri permotoran supaya middle managers dalam kalangan pekerja asing digantikan dengan rakyat Brunei dalam jangka yang bersesuaian? 

Mengurangkan mekanik-mekanik rakyat asing sekurang-kurangnya 30% dan diberikan kepada rakyat Brunei peluang-peluang pekerjaan kerana kita sendiri ada penuntutpenuntut dari sekolah-sekolah vokasional yang ada mengeluarkan mekanik-mekanik kenderaan.”

-Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari 



- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai penyediaan peluang-peluang pekerjaan. Pendekatan dari Jabatan Pengangkutan Darat adalah berbeza, bukannya menentukan peraturanperaturan Buruh. Ini lebih mirip kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Buruh mengenai berapa peratus harusnya orang Brunei dan berapa local content dan sebagainya. 

Pendekatan Jabatan Pengangkutan Darat untuk menyediakan pekerjaan bagi orang ramai untuk penduduk dan rakyat di Negara Brunei Darussalam ialah dengan usaha untuk meningkatkan lagi sektor pengangkutan awam baik dari segi land transport, sea transport dan air transportation. 
Disebabkan sektor ini mempunyai potensi untuk dikembangluaskan, kalau dilihat dari teksi sahaja barangkali banyak peluang pekerjaan dalam jangka 2 tahun ini sahaja boleh kita mengadakan peluang pekerjaan sebanyak 200-300 pekerjaan. 

Apabila bus transportation itu diadakan nanti, semua pemandu bas baharu ini dikhususkan untuk rakyat Brunei, dan dari ada spin offnya seperti mengadakan sekolah-sekolah memandu dan sebagainya. Kerjaya sebagai pemandu bas itu akan dipanggil sebagai Captain Bus, Post Officer dan sebagainya ditinggikan tarafnya. 

Semuanya ini akan dikhususkan untuk rakyat Brunei dan jika sekiranya tercapai usaha-usaha ini dalam 2-3 tahun ini [Insya-Allah] peluang-peluang pekerjaan bagi orang Brunei [Insya-Allah] akan meningkat hingga mencecah ke 1,000 orang.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat


​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Dalam perancangan projek peningkatan  ka na pengangkutan awam, teksi akan menjana lebih 200 peluang pekerjaan sebagai pengusaha teksi berlesen dan masa ini sedang dibukakan kepada yang berminat.

Bagi projek peningkatan bas awam, akan ada lebih kurang 588 peluang pekerjaan sebagai kapten bas dan usahasama dengan Manpower Planning Unit sudah dibuat untuk memulakan kursus khusus melahirkan bas kapten.