ISU: Pengecualian Pembayaran Cukai Jalan Bagi Kereta Jenazah
- Soalan Yang Berhormat -
“Cukai Jalan yang dikenakan kepada kenderaan, yang kaola maksudkan bukanlah kenderaan persendirian, komersial, sewa tetapi ialah kenderaan yang digunakan bagi menunaikan kerja-kerja ibadah atau fardu kifayah iaitu kereta jenazah.
Sukacita memohon yang Berhormat Pengerusi agar Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan akan dapat menimbangkan supaya kereta jenazah ini dikecualikan daripada membayar cukai jalan kerana ia bukanlah bagi tujuan persendirian atau komersial”.
- Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman
- Jawapan Menteri Perhubungan -
Kementerian Perhubungan dan Jabatan Pengangkutan Darat maklum bahawa kebanyakan kenderaan ini merupakan satu kewajipan ataupun kebajikan daripada mereka yang menjadikannya sebagai sedekah jariah. Ini juga merupakan salah satu kewajipan fardhu kifayah kepada orang sekeliling untuk menyempurnakan jenazah yang akan disempurnakan itu. Cuma ada beberapa perkara yang ingin kaola terangkan:
1. Memandangkan ini merupakan satu kenderaan dan akan dipandu oleh pemandu yang diperuntukkan. Maka masih ada kewajipan pihak-pihak yang berkenaan ataupun pengurus kenderaan tersebut untuk memastikan bahawa kenderaan tersebut adalah road worthy.
Ini bermakna kalau sekiranya pun Kementerian Perhubungan ataupun Jabatan Pengangkutan Darat ingin mempertimbangkan sebarang permohonan mengecualikan daripada pembayaran cukai jalan ini tetapi masih diperlukan bahawa kenderaan tersebut harus dihantar untuk diperiksa dan memastikan ia lulus dari segi pemeriksaan kenderaan yang ditentukan.
2. Setiap kenderaan di Negara Brunei Darussalam ini memerlukan insurance coverage sama ada untuk pemandu terutamanya bagi komprehensif policy ataupun sekurang-kurangnya third party policy yang akan memberikan jaminan kepada orang ketiga.Jadinya dua perkara ini, mungkin tidak dapat dipertimbangkan lebih awal kaola memaklumkan, sebab ia melibatkan keselematan penumpang-penumpang dan pemandu yang akan menaiki bas berkenaan.
Walau bagaimanapun dari aspek mengecualikannya daripada pembayaran lessen kenderaan [insyaAllah] perkara inn akan kaola tunduki dan akan berbincang dengan pihak-pihak berkenaan yang mengawal peraturan mengenai pembayaran cukai jalan. Terima Kasih.
- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat
17 Oktober 2017
| JPD sudah membuat sokongan kepada Kementerian.
Peruntukan akta mengenainya akan diubah dalam masa terdekat sebelum perlaksanaan nya.
Pada dasarnya, permohonan ini boleh dipertimbangkan secara case by case basis dan akan diselaraskan bersama JPD
|