1. Mengenai penggunaan sistem online ini merupakan salah satu usaha yang diungkayahkan oleh Jabatan Pengangkutan Darat untuk mengurangkan kedatangan orang ramai ke Jabatan Pengangkutan Darat. Pernah sekali keramaian orang yang berkunjung di Jabatan Pengangkutan Darat sampai di luar bangunan beratur dan ada yang datang seawal-awalnya sampai pukul 6 pagi. Makanya diadakan sistem online itu. Banyak tatacara telah dipermudahkan. Apa yang abis kaola ingin harapkan ialah kalau boleh jangantah lagi datang ke Jabatan Pengangkutan Darat. Gunakanlah ICT dan komputer untuk memperbaharui cukai jalan itu.
2. Memang jadi harapan nanti untuk menggunakan Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menyampaikan cukai jalan dan sambil itu memastikan bahawa alamat-alamat orang yang berkenaan adalah tepat dapat disahkan dan bukannya alamatalamat palsu.
Penggunaan ICT dan online registration ini akan diperkembangluaskan. Malahan baru-baru ini abis kaola memikirkan kalau boleh kaunter ditiadakan dan yang ada hanyalah desktop sahaja untuk orang ramai terus menghampiri komputer. Satu masa mereka tidak perlu lagi ke Jabatan Pengangkutan Awam hanya di rumah, tempat kerja sudah membuat proses permohonan pembaharuan cukai jalan.
Itu saja yang abis kaola harapkan. Tidak lagi ada kaunter yang ada kaunter hanya untuk menerima pembayaran sahaja.
Sehinggakan satu masa penerimaan pembayaran pembaharuan lesen ini boleh dilaksanakan melalui syarikat-syarikat insurans iaitu pembaharuan lesen dan juga keperluan untuk mengadakan insurans tidak dapat dipisahkan. Jadinya mungkin sekali jalan ke syarikat insurans sahaja sudah dapat dilaksanakan semua. Perkara itu sedang difikirkan dan sedang diusahakan bergantung pada persetujuan dari pihak berkenaan untuk melaksanakan idea itu.
Walau bagaimanapun, Jabatan Pengangkutan Darat ketika ini ingin mempertingkatkan lagi sistem SPD yang ada kepada satu management sistem. Perkara ini penting, bagi abis kaola memikirkan bahawa seperti yang kaola terangkan banyak kenderaan yang berdaftar di negara ini gagal untuk memperbaharui lesen kenderaan mereka sama ada yang mencapai 70,000.00 lebih. Kurang pasti sama ada kereta-kereta ini sudah dilupuskan, dihapuskan ataupun tidak lagi ada.
Belum dapat dipastikan, melainkan dengan cara ada ICT secara automatik ia mengeluarkan peringatan saja ataupun terus mengeluarkan kompaun kalau sekiranya tidak diperbaharui kenderaan tersebut. Itu memudahkan cara di Jabatan Pengakutan Darat dengan adanya sistem ICT (Management system). Kegagalan untuk membayar cukai jalan dan sebagainya secara otomatik terus dikeluarkan amaran dan kompaun.
3. Perkara itu kaola terangkan sudah mengenai kesankesannya ataupun aduan-aduan yang telah diterima seperti yang kaola nyatakan tadi bahawa semua aduanaduan itu telah diambil tindakan. Salah satu proses yang telah dilaksanakan ialah untuk memanggil kenderaan dan pemandu-pemandu berkenaan untuk datang ke Jabatan Pengangkutan Darat. Untuk memastikan lebih dahulu dan membuat pengakuan sama ada kesalahan-kesalahan itu benar dan sebagainya. Selepas itu, tindakan-tindakan yang bersesuaian akan diambil seperti kompaun yang diputuskan kepada yang berkenaan. Dalam apa juga keadaan adalah penting bahawa pihak yang terlibat itu betul-betul mengakui akan kesalahan yang berlaku itu.