“Jabatan Pengangkutan Darat. Yang Berhormat Pengerusi, visi Jabatan Pengangkutan Darat berbunyi:- ‘Pengangkutan Darat Yang Cekap, Berkesan, Selamat dan Bersepadu’.
Maka kaola dengan penuh yakin bahawa Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) akan menuju ke arah peningkatan sektor industri pengangkutan darat kepada menjana perkembangan ekonomi negara.
Yang Berhormat Pengerusi. Dalam meningkatkan usaha-usaha dan hala tuju yang disebutkan di atas, kaola fikir pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) juga akan membuat langkahlangkah meningkatkan kesedaran pihak pemandu dan akur pada peraturan serta menanamkan sikap menghormati antara satu dengan yang lain.
Kaola ingin mengemukakan langkahlangkah lebih lanjut serta usaha-usaha bagi Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) membuat sesuatu untuk mencapai hasrat melalui visi JPD di samping akan menggubal undang-undang lalu lintas seperti yang dimukadimahkan demi mengangkat lebih tinggi lagi imej negara khusus dalam sektor industri pengangkutan darat”