“Di 4 daerah di Negara Brunei Darussalam terutama juga di Daerah Belait, terdapat beberapa buah kilang papan yang kayu balak dibekalkan melalui pengambilan balak dari hutan pembalakan di mukim-mukim pedalaman di Daerah Belait.
Yang menjadi masalah ialah kenderaan berat yang membawa kayu balak ini membuat pengangkutan yang berlebihan sehingga jalan-jalan di pedalaman seperti Jalan Bukit Sawat, Merangking sehingga jalan menuju ke Buau dan Sukang mengalami kerosakkan dan menjadi masalah kepada pengguna jalan raya di kampung berkenaan.
Walaupun sudah ada perbincangan bersama pengurus-pengurus balak dan wakil-wakilnya di Peringkat Daerah Belait bersama Pegawai Daerah dan lain-lain supaya memberikan kerjasama memelihara jalan tersebut di samping itu supaya pemandu-pemandu trak membawa balak tidak melebihi had ketinggian di dalam trak yang sukatsukatnya dihadkan dan dipasang oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Hal ini itu diabaikan dan malah dicabut kerana menganggu ketinggian muatan balak yang mereka bawa tanpa mengikut had peraturan Jabatan Pengangkutan Darat.
Oleh yang demikian, pihak masyarakat kampung mohon langkah-langkah penyelesaian selanjutnya”