Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU23LTD17

ISU: Kemalangan berbasikal (cycling accident)


- Soalan Yang Berhormat -

“Isu yang kaola hendak bangkitkan adalah mengenai kemalangan berbasikal (cycling accident).

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat lihat peningkatan pengguna basikal dengan peningkatan pengguna basikal, kes-kes kemalangan berbasikal juga meningkat.

Statistik yang kaola dapat dari Laman Web Pengangkutan Darat Kementerian Perhubungan pada September 2015 terdapat 8 kes kemalangan berbasikal. Kaola tidak ada statistik untuk berbasikal pada tahun 2016 cuma dinyatakan di Laman Web setakat Mei ada 6 nyawa yang terkorban dari kemalangan jalan raya dan ini juga termasuk kemalangan cyclist. Jadi statistik bagi kemalangan berbasikal tidak ada bagi tahun 2016. 

[Alhamdulilah] berkat usaha-usaha yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ke arah mengurangkan kemalangan jalan raya dari pihak Kementerian Perhubungan telah berjaya menurunkan kadar kematian kemalangan jalan raya. Tetapi ini lebih fokus kepada kemalangan yang berkaitan dengan kereta. Buku save and smart driving dikeluarkan pada Januari 2015 oleh Kementerian Perhubungan memainkan peranan besar.

Saya difahamkan pada tahun 2015 ada beberapa program yang telah dilaksanakan termasuk cycling clinic untuk mengajar masyarakat tentang etika-etika semasa berbasikal di jalan raya. 

Soalan kaola adakah ia masih dilaksanakan kerana semenjak kebelakangan ini senaman berbasikal ini sudah menjadi popular dalam kalangan masyarakat dan apakah usaha-usaha yang dibuat terhadap pengurangan bilangan kemalangan berbasikal ini.

Kaola ingin mencadangkan agar garis panduan berbasikal ini boleh dimasukkan dalam kurikulum kelas lesen memandu serta semasa menjalankan latihan semasa memandu secara praktikal seperti contoh mengajar sejauh mana jarak yang harus diberi ketika memotong pemandu basikal kerana dalam save and smart driving Brunei Darussalam Book tidak dinyatakan kadar jaraknya. Dengan cara ini pemandu-pemandu kereta boleh melihat dan memahami sendiri akan kepentingan etika-etika ini. 
Cadangan kedua ialah untuk mengadakan papan-papan tanda di atas jalan raya terutama di lebuh raya dan jalan raya yang mempunyai banyak pemandu berbasikal dan memberi kesedaran kepada pemandu tentang jarak yang sesuai antara pemandu kereta dengan pemandu basikal”.

Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman


- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai keselamatan penunggang basikal, [Insya-allah] perkara ini merupakan usaha yang berterusan dan nampaknya sejak Program Bandarku Ceria diadakan, minat untuk menunggang basikal ini semakin meningkat. 

Seperti yang diterangkan awal-awal tadi, Yang Berhormat Pengerusi, idea untuk menggunakan basikal sebagai alternative transportation untuk ke tempat bekerja telah dibangkitkan dan kaola sendiri merasa perkara ini harus diambil dengan cara berhati-hati memandangkan kepada infrastruktur dan sistem lalu lintas yang ada di negara ini belum menumpukan perhatian kepada pengguna-pengguna basikal dan sedang dalam perangkaan selaras dengan usaha Kementerian Perhubungan untuk meningkatkan perkhidmatan bas di negara ini. 

Kaola setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat tadi, tentang beberapa usaha yang boleh diambil untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya seperti yang kaola terangkan, pada masa ini Jabatan Pengangkutan Darat sedang berusaha untuk melancarkan Kempen Sharing The Roads untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai peranan berbasikal dan juga peranan pemandu-pemandu kenderaan di jalan raya, bagaimana mereka akan dapat memainkan peranan masing-masing untuk memastikan keselamatan kedua belah pihak. Idea untuk mencadangkan papan tanda dan memasukkan garis panduan mengenai Bicycle Safety dalam lesen memandu merupakan satu cadangan yang baik perkara itu akan dilaksanakan. 

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat


​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Penggunaan berbasikal dijalanraya untuk apa jua kegunaannya telah dibincangkan diperingkat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) dan disusuli juga diperingkat focus group iaitu, peringkat jawatankuasa kerja, sebagai usaha berterusan memberigakan keselamatan berbasikal dilebuhraya dan jalanraya biasa.

MKKJR telah mengagihkan satu risalah 'share the road' kepada orang ramai semasa Kempen Turun Padang Keselamatan Jalan Raya 2017 yang telah diadakan secara serentak di beberapa lokasi dan jalan raya di Negara ini pada 25 Ramadhan 1438H bersamaan 20hb Jun 2017M (Selasa) yang mana pengagihan risalah tersebut diketuai oleh Yang Berhomat Dato Menteri Perhubungan sendiri dikawasan Centerpoint Hotel, Gadong.

Risalah ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai khususnya pengguna-pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi akta dan peraturan-peraturan lalulintas jalan raya serta untuk mempertingkatkan kewaspadaan semasa memandu.  Pengagihan risalah tersebut juga telah dilaratkan ke beberapa syarikat dan persatuan berbasikal terpilih di Negara ini seperti Takaful Brunei Am Berhad.