Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU24LTD17

ISU: Pelan Blueprint for vision 2035 serta cabaran-cabaran yang dihadapi terhadap sistem pengangkutan masa kini


- Soalan Yang Berhormat -

“Kementerian Perhubungan yang baru melancarkan pelan Blueprint for Vision 2035 - Sustainable and Inclusive Land Transport System for Brunei Darussalam, dan juga pengakuan yang jujur tentang cabaran-cabaran yang dihadapi terhadap sistem pengangkutan masa kini. Menambah dengan kadar population growth rate yang makin rendah, kita tahu bahawa ia akan mengambil masa yang lama sehingga kita mempunyai penduduk yang ramai diperlukan untuk economies of scale atau economic sustainability.

Di tengah-tengah cabaran itu dan kemapanan ekonomi, mungkin kita perlu memikirkan untuk meluaskan service sistem pengangkutan untuk pergi di luar sempadan negara, untuk kemapanan ekonomi yang lebih baik, seperti juga negara ini ingin di bawah tujuan Connectivity Blueprint BIMP-EAGA.
Bayangkan jika pada masa akan datang, terdapat kemungkinan infrastruktur railway seperti contoh dari Kimanis, Sabah melalui Negara Brunei Darussalam sehingga ke Bintulu, Sarawak. Senarai seperti ini mungkin dijalankan dengan perjanjian rentas sempadan dua hala antara negara. Sebagai contoh kos analisis yang amat simplistic, senarai infrastruktur railway dari bandar-bandar ini dengan population coverage dalam 3 juta hingga ke 4 juta penduduk. Jarak bandar tersebut dalam 650 kilometer dengan anggaran kos pelaburan dalam $6.5 bilion.

Jika terdapat purata bilangan penumpang hanya 1.5 juta pengguna dari penduduk kawasan pengangkutan ini dan kos perjalanan adalah $5.00 setiap kali perjalanan dan setiap pengguna memakai kemudahan ini dalam 20 kali perjalanan sebulan, akan menjana pendapatan sebanyak $150 juta sebulan. Ini bermakna ada harapan untuk jumlah kos pelaburan dibalikkan dengan waktu yang commercially viable.

Kaola ingin bertanya, jikalau dari dasar Kementerian Perhubungan, dapatkah kemungkinan tersebut dibincangkan atau dikaji? Namun apa-apa kemungkinan itu memerlukan usaha dan semangat yang luar dari Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, apa yang kaola telah nyatakan ini diharap boleh dijadikan sebagai satu kemungkinan.”


Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii


- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Dari segi pengangkutan bas, kita melihat dari segi bagaimana perkhidmatan bas ini bukan sahaja memberi kemudahan untuk mereka yang memerlukan sebagai alternatif transportation di negara ini, kita juga melihat bagaimana sistem itu boleh sustainable pada masa akan datang dan bagaimana sektor industri pengangkutan dapat dipermajukan. Semua ini akan bersandar kepada the raider ship yang ada ketika ini, dan raider ship bagi bas di Negara Brunei Darussalam sudah hampir mencapai 1.9 juta dan bayangkan ini baharu penggunanya adalah merupakan pekerja-pekerja asing yang terpaksa turun naik 2 ke 3 kali dalam sehari ataupun barangkali dalam seminggu untuk menyara penghidupan mereka.

Tapi kalau kita mempunyai satu sistem yang lebih efisien, yang reliable connectivitynya ke tempat-tempat yang penting dan mustahak itu [Insya-Allah] peningkatan raider ship dalam jangkaan Kementerian Perhubungan akan lebih meningkat ke 2 atau 3 kali ganda. Dalam pemikiran Kementerian Perhubungan sustainablitiynya, sistem pengangkutan yang dirancang ketika ini, kalau sekiranya mencapai kepada lebih 3.5 juta raider ship itu [Insya-allah] walaupun ia break event kita mempunyai sistem yang berkesan, efisien dan [Alhamdulilah] kita akan dapat berusaha kepada memastikan bahawa sistem pengangkutan Negara Brunei Darussalam adalah satu yang sustainable yang dapat didukung oleh kerajaan sendiri.

Commuter Behaviour di negara ini, ia merupakan satu perkara yang dirancang untuk dikaji iaitu sudah banyak pergerakan manusia antara daerah dari Daerah Belait ke Seria, dari Seria ke Tutong, dari Tutong ke Jerudong, dari Jerudong ke Bandar Seri Begawan, dari Bandar Seri Begawan ke Muara dan dalam masa yang terdekat dari Bandar Seri Begawan ke Mentiri, dari Mentiri ke Daerah Temburong dan sebagainya sehingga melimpasi Daerah Temburong.

Ini merupakan satu potential bagi kita untuk meningkatkan sistem pengangkutan di negara ini, inilah cadangan-cadangan untuk menghubungkan Negara Brunei Darussalam dengan negara lain melalui transportation yang multi modal, sama ada dengan kereta, bas, feri dan sebagainya. Ini salah satu jua visi yang telah dicadangkan di peringkat BIMP EAGA yang melibatkan Sarawak, Brunei, Sabah, Belawan dan sebagainya.

[Insya-Allah] dengan adanya pergerakan manusia ini, as they develop over the years barangkali ia akan membuka peluang untuk kita mengadakan perkhidmatan commuter, commuter services, mungkin masa peringkat awal

ini kita sediakan bas dan pada masa akan datang mungkin yang lebih canggih yang boleh membawa lebih ramai penumpang untuk membawa penumpang-penumpang dari Kuala Belait, Seria ke Lumut, Tutong, Lumut ke Tutong dan sebagainya. Mudahmudahan dengan ada kajian itu ada memberikan galakan untuk kita barangkali satu masa untuk memikirkan sistem pengangkutan yang lebih efisien.

Akhirnya inilah harapan Jabatan Pengangkutan Darat untuk lebih menumpukan perhatian kepada Sistem Pengangkutan Awam bukannya Sistem Pengangkutan Persendirian. Sistem Pengangkutan Persendirian itu kalau boleh as simple as possible, beli kereta you pay every year you comply to the regulations itu tidak berapa mengambil masa ataupun resources dari Jabatan Pengangkutan Darat.

Tapi kita mahu lebih menumpukan kepada pengangkutan awam sebagai satu sektor yang dapat kita galakan pada masa akan datang sebagai sumber pendapatan negara ini dan mudahmudahan dengan adanya visi Yang Berhormat itu, dengan adanya keperluan untuk mencari peluang pekerjaan dan perdagangan dari satu tempat yang jauh ke satu tempat yang lain dan pergerakan manusia itu semakin meningkat sudah masanya untuk kita memikirkan sejauh mana kita harus mengadakan sistem yang lebih canggih. Tapi yang penting yang harus kita tekankan ialah sustainability. Sustainability itu hanya akan dapat dicapai dengan adanya sistem yang reliable yang ada connectivity menuju ke tempat-tempat yang penting untuk berjual beli untuk menyara penghidupan dan sebagainya, bukannya sistem dari satu daerah ke satu daerah sahaja tidak mencapai ke tempat-tempat yang dituju.

Itu, makanya ditekankan perlu ada connectivity dan perlu ada reliability untuk memajukan sektor pengangkutan awam.


- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Dasar Pengangkutan Darat, yang disediakan secara bersama dengan CSPS, “A Blueprint for Vision 2035 Sustainable and Inclusive Land Transportation System for Brunei Darussalam” telah diterbitkan. 

Bukan setakat itu, JPD juga dari semasa ke semasa selalu bermesyuarat dengan agensi-agensi (sektor Kerajaan dan Swasta) yang lain dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan sistem Pengangkutan di Negara ini. 

Kementerian Perhubungan sedang membuat kajian mengenai commuter behavior.