Perhentian Bas sudah pun selesai dibina. Kementerian Perhubungan sedang dalam proses meningkatkan sistem pengangkutan bas awam. Salah satu perkara yang harus difahami mengenai sistem baharu ini ialah konsep bus terminal.
Mungkin konsep bus terminal dengan sistem yang baharu ia tidak lagi relevan kerana kitani memerlukan bas itu sentiasa bergerak sehingga waktunya itu sudah cukup beberapa jam akan diganti dengan bas lain. Ini bermakna, bus terminal di Bandar Seri Begawan pun mungkin pada satu masa tidak diperlukan lagi.
Walau bagaimanapun, kemudahan itu akan disediakan kepada pengendali-pengendali bas yang ingin menggunakan kemudahan untuk menempatkan bas-bas mereka. Konsep yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Perhubungan ialah passenger terminal bukannya bus terminal kitani mahu bahawa penumpang boleh datang awal menunggu bas dan sementara menunggu bas itu mereka boleh minum, membeli-belah dan sebagainya.
Itulah fasiliti moden yang diharapkan untuk diadakan. Beberapa tempat telah dikenal pasti dan mudah-mudahan projek ini akan dapat dijadikan sebagai peluang PPP kepada pihak swasta untuk membangunnya dan menyewakan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk membuka bisnes di passenger terminal tersebut.
Dengan adanya perubahan konsep terminal ini, apa yang kitani ingin gunakan perhentian bas ini ialah dikhususkan untuk pengendali-pengendali bas menggunakan fasiliti ini. Pengendali bas boleh menggunakannya, mengusai dan membeli minyak sebelum beroperasi memberi perkhidmatan bas.