Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU4LTD17

ISU: ​Menggalakkan penggunaan kenderaan yang lebih fuel efficient (kereta hybrid)


- Soalan Yang Berhormat -

“Apakah dasar pihak kementerian untuk menggalakkan pihak kenderaan yang lebih fuel efficient terutama sekali kereta hybrid yang ada pada masa ini dengan harganya lebih premium daripada harga kereta yang sebanding?”

-Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai hybrid cars. Kenderaan-kenderaan yang mempunyai fuel efficiency.  Dasar mengenai penggunaan fuel efficiency ini, Jabatan Pengangkuatan Darat mengambil direction dari Kementerian Tenaga dan Perindustrian yang telah menentukan dasar-dasar kerajaan yang berhubungan dengan fuel efficiency dan [Alhamdulilah] sejauh mana teknologi pada masa kini yang memenuhi akan dipatuhi dan dilaksanakan.

Dengan adanya kenderaan-kenderaan yang berteknologi tinggi pada masa ini bukan merupakan satu perkara yang susah untuk dilaksanakan sebab pembekal-pembekal kereta mempunyai kesedaran mengenai perkara ini. 

Mengenai hybrid car banyak perkembangan yang positif. Beberapa syarikat, pelabur-pelabur dari luar negara pun ada menunjukkan minat melabur di negara ini untuk mengeluarkan kereta hybrid, reffering to electric cars specifically, kereta-kereta jentera elektrik.

Untuk penjelasannya Jabatan Pengangkutan Darat mengalu-alukan perkembangan-perkembangan ini dan mudah-mudahan perkara ini akan dapat dilaksanakan, tapi apa yang penting ialah mengenai infrastruktur yang harus disediakan lebih dahulu terutamanya charging station khususnya harus diadakan di seluruh negara.

[Insya-Allah] dengan adanya perancangan-perancangan untuk menubuhkan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan yang hybrid, mudah-mudahan perkara ini akan dapat dilaksanakan lagi dengan jayanya.

- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​17 Oktober 2017
​Cukai kenderaan bagi kenderaan yang mesra alam seperti hybrid telah diturunkan cukainya (-5%) pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, harganya masih tinggi kerana teknologi ini masih baru di rantau ini.

Sebagai langkah kehadapan mengenai dengan hybrid dan fuel efficient vehicle ini, beberapa perbincangan telah dibuat dalam menggubal dasar yang bersesuaian dan satu jawatankuasa kerja bersepadu EIDPMO, MOC dan JPD sedang ditubuhkan.