Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU5LTD17

ISU: Meningkatkan Publisiti Teksi Bermeter


- Soalan Yang Berhormat -

 

 
 
“Apakah ada perancangan bagi pihak Kementerian Perhubungan untuk membantu meningkatkan lagi publisiti perkhidmatan teksi bermeter ini? Pada hemat kaola belum ramai yang tahu akan perkhidmatan berkenaan termasuklah Talian Pusat Panggilan (Call Center). Jika ada kadar tarif yang dikenakan serta lokasi-lokasi penempatan bagi penempatan teksi bermeter ini”

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu

- Jawapan Menteri Perhubungan - 
 

 
 
 
 
Mengenai teksi bermeter yang dilancarkan pada September 2016. Sebenarnya perkara ini atas ketunjungan ataupun kesediaan pihak-pihak pemandu teksi itu sendiri untuk mempertingkatkan imej perkhidmatan mereka dan satu perundingan yang begitu terperinci telah diadakan khususnya yang berhubung dengan kadar tarif yang akan dikenakan. Bagaimana kita untuk memberigakan maklumat mengenai perkhidmatan teksi ini.

Ketika ini jumlah perkhidmatan teksi masih kecil walaupun jumlah pendaftarannya tinggi. Tapi yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam ini tidak sampai 50 buah teksi yang melibatkan keempat-empat daerah mungkin tidak termasuk Temburong, Brunei Muara, Tutong dan Kuala Belait ketika ini.

Sistem perhubungan dengan orang ramai atau pun Taxi call servies sistem, itu adalah sementara. Ia ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa pada masa ini. Tumpuan teksi-teksi, kalau sekiranya ada panggilan nombor yang disediakan itu adalah lapangan terbang punya nombor dan seorang pegawai telah disediakan untuk membantu perkhidmatan teksi untuk menyalurkan maklumat dan keperluan ataupun panggilan teksi itu kepada pemandu teksi.

Tapi kita akan bersandar kepada sistem aplikasi teksi ini seperti di negara lain terdapat seperti uber, grab taxi dan sebagainya yang lebih banyak memudahkan orang ramai untuk memanggil teksi melalui telefon ataupun melalui sistem aplikasi.

[Insya-Allah] perkara ini sudah hampir payu dan mudah-mudahan dapat dilancarkan dalam sedikit masa lagi. Masih menunggu endorsement Kementerian perhubungan. [Insya-Allah] pada minggu depan perkara ini akan ditetapkan dan dilancarkan dengan secepat yang mungkin.

Dengan yang demikian, call center seperti yang menggunakan citizen band radio itu tidak berapa relevan lagi di tempat lain pun tidak berapa digunakan lagi makanya Jabatan Pengangkutan Darat lebih bersedia untuk menunggu dahulu sistem aplikasi kerana ia lebih berkesan dan mudah untuk dilaksanakan. Apa yang hanya tinggal ialah pasaran kepada orang ramai supaya menggunakan sistem itu dengan cepat dan mudah. 

Ketika ini Kementerian Perhubungan dan Jabatan Pengangkutan Darat sedang mengeluarkan video untuk mempromosikan perkhidmatan teksi ini. 2 perkara yang perlu dingat ialah:-
1. Tarif yang telah disediakan itu adalah regulated bermakna tarif itu tidak dapat diubah-ubah tanpa kebenaran dari Jabatan Pengangkutan Darat; dan 

2. Sistem sekuriti, pemandu-pemandu teksi mesti memaparkan identiti mereka seperti nama, telefon dan sebagainya untuk memastikan keselamatan perkhidmatan orang ramai dan meningkatkan keyakinan mengenai dengan perkhidmatan teksi di negara ini.

Satu perkara lagi yang perlu difahami ialah mengenai tarif ini mungkin banyak dibangkitkan oleh pemandu-pemandu teksi sama ada tarif itu sesuai ataupun tidak dikenakan. Perlu difahami tarif ini bukannya atas kehendak Kementerian Perhubungan ataupun Jabatan Pengangkutan Darat menentukan berapa yang sesuainya. Apa yang difahamkan mengenai demand and supply, forces dan market forces ini, ia berasaskan kepada tarif kalau dinaikkan dan diturunkan berapa ramai orang hendak naik.

[Alhamdulillah] kalau dikaji dari segi pendapatan-pendapatan pemandupemandu teksi di negara ini cukup menggalakkan Yang Berhormat Pengerusi, makanya abiskaola menggalakkan orang ramai untuk datang dan barangkali menimbangkan untuk memberi perkhidmatan yang sama. Ketika ini pun Jabatan Pengangkutan Darat membuka permohonanpermohonan sehingga kepada 200 orang lagi untuk memastikan stability order market itu sehingga 200 orang untuk rakyat dan penduduk di negara ini berkecimpung dalam pemberian perkhidmatan teksi [Insya-Allah].


- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Publisiti teksi bermeter sudah dibuat melalui video yang telah ditayangkan di RTB dan dikongsikan kepada orang ramai melalui media social.

Sejak pelancaran DARTs Mob Apps pada 5 Mei 2017 yang lalu, nombor call centre sementara yang diperkenalkan oleh JPD telah diberhentikan perkhidmatannya. 

Bagi publisiti applikasi DARTs, JPD telah membuat perbincangan dengan pihak DART Sdn Bhd dan pemberigaan dan promosi mengenainya telah dan akan diteruskan oleh pihak DART Sdn Bhd. Applikasi ini juga lengkap dengan info kadar Tariff perjalanan yang dihasratkan.

Sudah mula dilaksanakan dan publisitinya akan diteruskan dari masa ke semasa.