Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksISU6LTD17

ISU: ​Tambang konsesi (concession fare) bagi perkhidmatan bas awam untuk golongan warga emas dan orang berkeperluan Khas


- Soalan Yang Berhormat -

“Adakah perancangan pihak Kementerian Perhubungan untuk memperkenalkan tambang konsesi ataupun concession fare khusus bagi golongan warga emas serta Orang Berkeperluan Khas dan Orang Kurang Upaya dalam menggunakan perkhidmatan bas awam ini, sekian.”

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu

- Jawapan Menteri Perhubungan - 

Mengenai bas awam. Perkara mengenai kemudahan-kemudahan untuk warga emas, Orang yang Berkeperluan Khas dan sebagainya. Ini memang salah satu daripada aspek yang akan dipertimbangkan dalam sistem baharu ini. Sistem yang ada sekarang ini pun warga emas atas persetujuan pihak pengendali bas juga diberikan percuma untuk menaiki bas dan juga untuk kanak-kanak yang di bawah umur 7 tahun untuk menggalakkan ibu bapa mereka menggunakan alternative transportation.

[Insya-Allah] dengan adanya sistem baharu semua perkara ini akan dipertimbangkan, bukan dari segi concession charges saja tapi dari segi standard bas itu mungkin ada yang sudah notice bas-bas yang ada di Bandar Seri Begawan sekarang ini menggunakan apa yang dipanggilnya sebagai low floor bus untuk memudahkan mereka yang Berkeperluan Khas menaiki bas berkenaan. [Insya-Allah] kita akan memasukkan prinsip cara hidup kita supaya tempat duduk itu diutamakan kepada wanita, orang tua dan juga kanak-kanak. Seperti juga yang berlaku di tempat lain ada priority seats kepada mereka yang berkenaan.


- Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat

​Tarikh dikemaskiniInisiatif Jabatan
​18 Oktober 2017​Pada masa ini, tambang bas bagi warga emas (50 hingga 70 tahun) dan pelajar sekolah adalah sebanyak 50 sen sahaja. Manakala warga emas berumur diatas 70 tahun adalah juga percuma.

Bagi warga OBK dan OKU diberikan concession 50% pada masa ini.  Perkara ini adalah seperti yang dilaksanakan pada masa ini.