“Adakah perancangan jabatan ini untuk membenarkan perkhidmatan beca bermotor iaitu jika boleh dan bersesuaian? Hanya merupakan satu cadangan saja bagi mengatasi masalah pelancong berjalan kaki dari hotel melawat ke tempat-tempat menarik dan sebaliknya. Contohnya dari hotel ke Lapau Diraja dan dari Lapau Diraja ke hotel dan sebagainya. Beca-beca ini boleh menunggu penumpang di tempat-tempat tumpuan orang ramai kerana beca mudah melalui lorong-lorong dan jalan raya yang sempit. Dengan perkhidmatan ini memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan sektor pelancongan. Malah khidmat beca ini boleh digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anak sekolah di kawasan yang bersesuaian dan berhampiran. Apa yang kita lihat sekarang ini hanya sejauh 500 meter pun ibu bapa menggunakan kereta. Jadi ibu bapa tidak perlu lagi risau bergegas datang dan keluar pejabat. Kakitangan pejabat pula boleh menggunakan khidmat beca untuk makan tengah hari ke restoran yang berhampiran tidak perlu lagi menggunakan kenderaan.
Jadi dalam membantu kelancaran perkhidmatan ini, pihak berkenaan hendaklah membuat peraturan supaya tidak berlakunya perkhidmatan secara haram dan tidak teratur. Umpamanya perkhidmatan beca ini hendaklah didaftarkan untuk mendapatkan kebenaran perkhidmatan dan dimestikan mengambil perlindungan insurans dan ditentukan laluan accessibility. “