Mengenai trailer perahu. Seperti Yang Berhormat maklum sebagaimana yang saya jelaskan isu yang mengenai penguatkuasaan ini dan kalau kitani kadang-kadang memandu di jalan yang besar kita lihat ada trailer perahu yang usulnya tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan lalu lintas khususnya yang dipanggil Akta Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68 Bab 8(1) ialah setiap perahu hendaklah ditarik dengan menggunakan trailer yang tertentu yang memenuhi dimensi dan sebagainya.
Penguatkuasaan merupakan satu cabaran yang besar dalam aspek manapun seperti yang dimaklumkan tadi, ramai yang dibawa ke mahkamah sehingga 800 kes yang tidak dapat diuruskan dan mungkin kita sekali-sekala melihat ada trailers yang tidak sesuai itu mungkin itu terjadi.
Walau bagaimanapun tidak semestinya pihak yang berkuasa tidak melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ini. Kita masih lagi menguatkuasakannya dan perkara ini akan dipantau lagi memikirkan sejauh mana option yang lebih baik. Apa yang difikirkan ketika ini Yang Berhormat Pengerusi ialah untuk mengadakan tempat-tempat yang sesuai untuk meninggalkan perahu.
Jadinya perahu tidak payah ditarik ke rumah-rumah ataupun membentuk satu mariner. Bukan sahaja perahu-perahu menangkap ikan, mungkin perahu-perahu yang besar pun boleh. Perkara ini sedang difikirkan dan salah satu jawatankuasa telah dibentuk untuk memikirkan di mana tempat yang bersesuaian.
Apa pendekatan yang boleh kita ambil untuk menjadikannya sebagai satu realiti. Mungkin ini juga merupakan satu peluang kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta dalam rangka PPP sebagai contoh pendekatan yang sedang difikirkan ialah tidak mengalakkan mereka yang terlibat dalam menangkap ikan dan sebagainya untuk menarik perahu-perahu mereka ke rumah.
[Insya-Allah] mudah-mudahan jawatankuasa akan dapat menghadapkan cadangan yang lebih baik dan akan dimaklumkan kepada Yang Berhormat mengenai usaha ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.