Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHome

CREATES




"Bagi merangsang inovasi dan sosioekonomi negara, beta telah pun 
memperkenankan penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi
dan Sains 
(Council for Research and Advancement in Technology and Science - CREATES) 
di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi menggantikan 
Majlis Penyelidikan Brunei dan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Sains dan
Teknologi 
sebagai langkah memacu aktiviti  penyelidikan dan perkembangan
(research and 
development) dalam bidang Sains dan Teknologi di negara ini."


TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-75 pada 15 Julai 2021 yang diadakan di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.