Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/2.png/Slider_images/5.png/Slider_images/4.png/Slider_images/1.png





​​





TransportBN Promo (Subtitle)
Permohonan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan
Renewal of Driving Licence and Vehicle Licence

Isnin, 14 Oktober 2024 - Pelawaan Untuk Cadangan (Request For Proposal) Bagi Projek “To Provide, Operate, Manage And Maintain Public Transport Services In Brunei Darussalam”

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), sukacita mempelawa syarikat-syarikat tempatan dan/atau antarabangsa yang berminat untuk menyertai Request For Proposal (RFP) bagi projek TO PROVIDE, OPERATE, MANAGE AND MAINTAIN PUBLIC TRANSPORT SERVICES IN BRUNEI DARUSSALAM”.

Ahad, 13 Oktober 2024 - BRUNEI MENANG KATEGORI MID-CAREER SCIENTIST DALAM ANUGERAH THE UNDERWRITER’S LABORATORIES-ASEAN-U.S. SCIENCE PRIZE FOR WOMEN 2024

Anugerah Saintis Pertengahan Kerjaya (Mid-Career Scientist) telah dimenangi oleh Dr. Daphne Teck Ching Lai dari School of Digital Science, Universiti Brunei Darussalam, yang diiktiraf atas aplikasi inovatif sains data dan kecerdasan buatan (AI) dalam konteks ketahanan dan penyesuaian iklim. Penyelidikan Dr. Lai melibatkan pemantauan hutan tanah gambut (peatland) yang penting di Asia Tenggara, menjalankan analisis kualiti air yang dipacu oleh AI, dan membangunkan penyelesaian tenaga hijau. Penggunaan AI dalam penyelidikannya memainkan peranan penting dalam pengurusan sumber yang mampan serta pengurangan kesan perubahan iklim.

Ahad, 13 Oktober 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN Kali Ke-86 (COSTI-86) dan Mesyuarat Lain Yang Berkaitan, Singapura 7 - 11 Oktober 2024

Negara Brunei Darussalam telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-86 (COSTI-86) serta mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan, yang berlangsung dari 7 hingga 11 Oktober 2024 di Republik Singapura.

Khamis, 10 Oktober 2024 - Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil, Doa Kesyukuran & Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pos Ke-118 Tahun Dan Sambutan Hari Pos Sedunia 2024

Bersempena dengan Memperingati Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Pos yang Ke-118 tahun sejak penubuhanya pada 11 Oktober 1906 dan diteruskan dengan Sambutan Hari Pos Sedunia Tahun 2024 (World Post Day 2024), Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil, dan Doa Kesyukuran seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah hari ini di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.